Anwar Kata Najib Hubunginya Dua Kali Pada Malam PRU

0
42

Bekas perdana menteri Datuk Najib Razak menghubungi Datuk
Seri Anwar Ibrahim untuk meminta nasihat mengenai apa yang patut dilakukannya
selepas BN mengalami kekalahan teruk pada malam pilihan raya umum, 9 Mei lalu.
Anwar, yang dibebaskan dari penjara selepas mendapat
pengampunan Yang di-Pertuan Agong semalam berkata beliau menerima dua panggilan
daripada Najib pada malam berkenaan.
“Ketika beliau menelefon pada malam PRU, saya
menasihati beliau sebagai seorang kawan untuk akur dan teruskan hidup,”
kata Anwar kepada Reuters dalam wawancara di kediamannya di Kuala Lumpur.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Anwar berkata beliau meminta Najib mengeluarkan kenyataan
pantas dan tidak melengah-lengahkan proses berkenaan.
Bagaimanapun, Najib tidak membuat sebarang kenyataan
walaupun Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan kemenangan Pakatan Harapan
(HARAPAN) beberapa jam selepas pengiraan undi bermula.
Pada sidang media keesokan harinya, Najib berkata tiada
parti yang mendapat majoriti mudah dan Yang di-Pertuan Agong akan memutuskan
siapa yang akan membentuk kerajaan.

“Dia berdalih dan enggan mengakui lebih awal,”
kata Anwar berhubung perbincangannya pada malam pilihan raya itu.
Anwar berkata Najib memikirkan apa yang boleh dilakukannya
dan siapa yang boleh berunding dengannya.
Bagaimanapun Anwar menegaskan bekas perdana menteri itu
tidak memujuk untuk cuba berunding dengan beliau dalam “cara yang
serius”.

“Walaupun dia merujuk kepada itu (perjanjian) saya
hanya akan abaikan. Saya hanya akan mendengarnya,” kata Anwar ketika
ditanya sama ada Najib menawarkan kepadanya sebarang ‘perjanjian’.
“Selepas panggilan kedua, dia benar-benar
‘remuk’,” katanya.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Najib tidak dapat dihubungi segera untuk mendapatkan komen
beliau.


Menurut seorang penganalis dari sebuah firma pengurusan
risiko, Adib Zalkapli, bukanlah sesuatu yang luar biasa bagi sebuah gabungan
yang kalah dalam pilihan raya untuk memujuk pihak lawannya.
Pada PRU14 lalu, BN yang dketuai Najib hanya mendapat 79
daripada 222 kerusi Parlimen manakala PKR memenangi 50 kerusi.
Kerjasama antara kedua-dua parti itu akan dapat menjamin
Najib dan BN kekal berkuasa.
Tahun lepas, Najib melawat Anwar di sebuah hospital selepas
menjalani pembedahan bahu.
Pertemuan itu mencetuskan khabar angin bahawa kedua-dua
pemimpin itu mungkin akan bergabung tenaga untuk menentang Mahathir, walaupun
perkara itu dinafikan oleh kem Anwar.



– Malaysiakini

PERINGATAN: Malaysian Update tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here