Saya Disabotaj – Rizalman

0
26

KUALA LUMPUR: Ketua UMNO Bahagian Tun Razak, Datuk Rizalman
Mokhtar mendakwa wujud unsur sabotaj berikutan penahanan beliau di sebuah kelab
malam baru-baru ini.
Rizalman berkata, kejadian yang berlaku sangat spesifik dan
seakan dirancang pihak tertentu berunsurkan politik dengan niat untuk
menjatuhkan reputasi beliau sebagai pemimpin UMNO di Bandar Tun Razak.
Tegasnya, beliau tidak akan sesekali meletakkan jawatan yang
disandang susulan kes itu dan menyerahkan segalanya kepada pucuk pimpinan parti
dan Barisan Nasional (BN) untuk membuat keputusan.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Kami ke kelab itu untuk berhibur dan hanya mengambil kopi
dan minuman ringan. Tiada minuman keras mahupun dadah.
“Itu yang saya pelik bagaimana saringan awal mendapati saya
positif dadah. Saya boleh katakan ini perangkap kerana tidak mengambil dadah
dan ketika ditahan pun saya normal serta tidak khayal,” katanya dalam sidang
akhbar khas di sini hari ini.
Rizalman sebelum ini dilaporkan ditahan Polis Diraja
Malaysia (PDRM) kerana penyalahgunaan dadah selepas didapati ujian saringan air
kencingnya positif bahan terlarang tersebut.
Dalam pada itu, Rizalman berkata, adalah tidak adil bagi
dirinya dipersalahkan kerana sehingga kini beliau belum disabitkan sebarang
kesalahan atau didakwa di mahkmah.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“Kenapa disebabkan perkara yang masih tidak pasti ini
menjejaskan peluang saya disenaraikan sebagai calon BN pada pilihan raya akan
datang?
“Saya bersih dan telah terlibat dalam politik selama 14
tahun. Jangan kerana isu kecil ini sumbangan saya secara konsisten dilupakan,”
tegasnya.
– UTUSAN ONLINE

PERINGATAN: Malaysian Update tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here