‘Dr Mahathir Berdendam Dengan PAS’

0
24

ARAU: PAS mendakwa Tun Dr Mahathir Mohamad mempunyai dendam
lama terhadap parti itu sehingga terus-terusan menyerang Presiden parti itu,
Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Naib Presiden PAS, Idris Ahmad, berkata tindakan itu dapat
dilihat sejak dulu dan terkini Dr Mahathir menyifatkan Abdul Hadi sebagai
‘tidak lebih daripada ustaz kampung’.
“Dia (Dr Mahathir) memang mempunyai dendam peribadi
dengan PAS, malah sejarah perjalanan beliau dalam politik ini, beliau pernah
kalah dengan dengan calon PAS di Kota Setar Selatan pada 1969 iaitu Allayarham
Yusuf Rawa.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Jadi tidak mustahil jika beliau berterusan menyerang
PAS dan yang terkini menyifatkan Datuk Seri Abdul Hadi ‘tidak lebih dari
sekadar ustaz kampung’,” katanya ketika kepada media selepas ceramah di
sini, malam tadi.
Idris berkata, Dr Mahathir perlu menyedari beliau memerlukan
sokongan padu orang Melayu dan bukannya mengamalkan budaya menghina orang lain
jika mahu membentuk kerajaan.
“Semua tahu majoriti pengundi di kerusi Parlimen dan
Dewan Undangan Negeri (DUN) adalah orang Melayu dan parti yang betul-betul
menjadi pilihan orang Melayu hanya UMNO atau Pas PAS,” katanya.
Malah, beliau menyifatkan tindakan Dr Mahathir menghina
Abdul Hadi tidak lebih hanya ingin memenuhi kepentingan peribadinya.
“Kenapa perlu menghina? Saya lihat dari dulu lagi siapa
yang seolah-olah mengancam kedudukannya dalam parti politik, dia pasti akan
melakukan sesuatu.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“Itu yang sampai menghina orang lain dan tindakan itu
tidak lebih dari hanya untuk memenuhi kepuasannya sendiri,” katanya.
Baru-baru ini, Dr Mahathir dilaporkan menggelar Presiden
PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai ‘ustaz kampung’ dan orang yang tidak
berpengetahuan dalam bidang politik.
Dr Mahathir yang juga Pengerusi Parti Pribumi Bersatu
Malaysia (PPBM) yang dibubar sementara, turut ‘menasihatkan’ Naib Presiden
Kesatuan Ulama Antarabangsa itu kembali mendalami semula ilmu agama supaya
lebih memahami Islam untuk berceramah dan tidak sewenang-wenangnya mengkafirkan
orang Islam.

PERINGATAN: Malaysian Update tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.

Loading...
loading...

Sumbang seikhlas hati anda tanda sokongan kepada Berita Fakta dan Komprehensif kami. Bermula dengan hanya RM1, Sokong berita kami.Terima Kasih Rakyat Malaysia.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here