Chef Min ajar orang putih masak rendang

0
60



Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali nampaknya tidak mahu ketinggalan turut serta mengulas isu rendang ayam ‘crispy’ yang riuh diperkatakan baru-baru ini.


Menerusi media sosial, timbalan presiden PKR itu memuat naik gambar menunjukkan bakat beliau sedang memasak dan membantu menyediakan sekawah rendang.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();



“Orang putih ada hati ajar orang Malaysia cara masak rendang.


“Meh sini Chef Min ajar masak rendang. Oh ya, ayam rendang tak ‘crispy’ ya?” tulisnya di laman Facebook rasmi beliau.


Tidak dapat dipastikan lokasi kediaman dan bilakah tarikh gambar-gambar itu diambil.


Namun, daripada komen netizen, ada yang menimbulkan syak gambar itu dirakam ketika persiapan hari raya yang lepas.


“Gambar baru ke ni? Siap ada kuih raya lagi… Awal betul letak kuih raya kat meja. Baru (bulan) Rejab,” tulis seorang pengguna Facebook berjenaka.




Kontroversi mengenai ayam rendang rangup itu bermula pada 25 Mac lalu apabila dua juri MasterChef UK, John Tarode dan Gregg Wallace memberikan ulasan tidak munasabah terhadap hidangan yang disediakan peserta berasal dari Malaysia, Zaleha Kadir Opin.


Wallace berpendapat kulit ayam yang dimasak Zaleha sepatutnya rangup selain kuah berlebihan pada rendang menjadikan sukar untuk dinikmati.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});



Torode pula berkata, meletakkan ayam rendang di sisi nasi lemak adalah satu kesilapan besar.


Kedua-dua juri itu kemudian menyingkirkan peserta yang berasal dari Bentong, Pahang itu.


Meskipun mengaku kecewa dengan keputusan berkenaan, Zaleha tetap mempertahankan cara tradisi memasaknya.


Susulan keputusan itu, pelbagai pihak tampil mengkritik juri terbabit yang dilihat jahil berkaitan makanan rakyat Malaysia dan Indonesia itu.




Beberapa tokoh terkemuka juga menyelar rancangan itu, termasuk Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman, Pesuruhjaya Tinggi British ke Malaysia HE Vicki Treadell dan Cef selebriti Chef Wan.


Masterchef UK bagaimanapun menafikan Wallace berkata ayam rendang Zaleha tidak rangup, yang bertentangan sama sekali dengan video yang beredar di media sosial.


Mengulas lanjut, Azmin berkata rakyat Malaysia berbangga dengan masakan tradisi mereka.


“Kami rakyat Malaysia bangga dengan hidangan kami dan kami tahu bagaimanana nak sedia dan hidang.


“Sila terbuka dengan tradisi kami dan kamu akan belajar sesuatu,” kata Azmin.

PERINGATAN: Malaysian Update tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here