Cedera kepala, bedah kaki

0
30



New Delhi: Seorang pakar bedah dilucutkan jawatannya di sebuah hospital di sini, kerana melakukan pembedahan tidak perlu terhadap seorang pesakit selepas terkeliru dengan kes lain.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();



Pakar bedah terbabit menebuk kaki kanan Vijendra Tyagi, 50, minggu lalu, untuk memasukkan pin sebelum menyedari dia membedah pesakit yang salah.


Tyagi dirawat di Pusat Trauma Sushruta milik kerajaan di sini, akibat kecederaan kepala selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya.


Namun, dia disalah anggap sebagai pesakit lelaki yang patah kaki dan perlu menjalani pembedahan bagi memperbaiki retak.


Superintendan perubatan hospital, Ajay Bahl memberitahu AFP, doktor yang namanya tidak dinyatakan itu, dilucutkan jawatan kerana cuai dan kini ditempatkan di kemudahan berasingan dengan seliaan rapi doktor kanan.


“Pakar bedah itu kemudian menyedari kesilapan itu dan mengeluarkan pin berkenaan melalui satu lagi pembedahan pembetulan.


“Dia memohon maaf atas kesilapan itu, namun kami perlu bertindak tegas,” kata Bahl.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});



Tyagi dibenarkan keluar dari hospital hujung minggu lalu, namun memerlukan sekurang-kurangnya seminggu untuk pulih sepenuhnya daripada pembedahan kaki yang tidak sepatutnya itu.


-mymetro

PERINGATAN: Malaysian Update tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.

Loading...
loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here