Cadangan Tun M Bunuh Harapan Rakyat: Ahmad Shabery

0
32

KEMAMAN – Cadangan Pakatan Harapan untuk menghentikan Projek
Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) jika menang dalam PRU14 umpama membunuh harapan
penduduk Pantai Timur.
Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek
berkata, beliau terkejut dengan cadangan yang disuarakan Pengerusi Pakatan
Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad berkenaan perkara itu.
Katanya, penduduk Pantai Timur telah sekian lama menantikan
satu sistem pengangkutan kereta api yang efisyen seperti di Pantai Barat dibina
di Pantai Timur sebagai ‘game changer’ bagi pembangunan dan peningkatan ekonomi
setempat.
“Tun Mahathir kini sudah jadi seperti tipikal pembangkang
kerana kalau dulu apabila pembangkang mendengar projek besar, mereka akan
tentang termasuk semasa Tun jadi perdana menteri.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Bila Tun Mahathir nak buat Lebuhraya Utara Selatan,
pembangkang berarak (menentang), bila beliau nak buat Jambatan Pulau Pinang,
pembangkang protes…nak buat Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)
dan  Menara Berkembar Petronas (KLCC) pun
semuanya pembangkang protes jadi sekarang Tun dah jadi macam pembangkang lain,”
katanya.
Beliau berkata demikian ketika meninjau persediaan Karnival
Usahawanita 2018 sempena Road to MAHA 2018 di Pantai Kuala Kerteh, di sini,
semalam.
Menurutnya, Tun yang dahulunya mempunyai pandangan yang jauh
dalam memajukan jaringan sistem pengangkutan dan jalan raya kini ibarat
membunuh harapan rakyat Pantai Timur dengan cadangan untuk menghentikan projek
meja itu.
Tegasnya, cadangan membina ECRL itu bakal merubah
keseluruhan landskap ekonomi Pantai Timur yang jauh ketinggalan jika
dibandingkan Pantai Barat.
“Rata-rata kita tahu bahawa pembangunan yang dibuat sebelum
ini lebih tertumpu di kawasan Lembah Klang,” katanya.
Tun Mahathir yang juga Pengerusi Pakatan Harapan semalam
mendakwa bahawa projek ECRL bernilai RM55 bilion merupakan satu pembaziran
kerana tiada keperluan kemudahan itu disediakan kepada rakyat.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Ahmad Shabery memberitahu projek ECRL yang didakwa
menyebabkan pembaziran juga boleh dipersoalkan memandangkan banyak projek mega
dijalankan ketika zaman Mahathir turut menelan kos berbilion ringgit.
“Dahulu Tun silap besar sebab cuba pindahkan sebahagian
operasi Perwaja Steel dari Kemaman ke Gurun, Kedah tetapi ekoran sistem
pengangkutan yang tidak efisyen ia akhirnya gagal.
“Begitu juga dengan pembinaan Putrajaya yang banyak menerima
bantahan dari rakyat kerana kononnya membazir tapi akhirnya rakyat tetap
menerima,” katanya.

PERINGATAN: Malaysian Update tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.

Loading...
loading...

Sumbang seikhlas hati anda tanda sokongan kepada Berita Fakta dan Komprehensif kami. Bermula dengan hanya RM1, Sokong berita kami.Terima Kasih Rakyat Malaysia.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here