BN Semakin Terdesak: Anwar

0
33

SHAH ALAM – Pakatan Harapan (Harapan) berjanji akan
mewujudkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang benar-benar bebas jika berjaya
menawan Putrajaya pada PRU14 nanti.
Bekas Ketua Pembangkang, 
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, oleh itu, beliau menyeru rakyat
Malaysia keluar beramai-ramai bagi memastikan BN tumbang kali ini.
“Saya gesa seluruh rakyat Malaysia untuk keluar
beramai-ramai mengundi Harapan untuk menyahkan BN dari Putrajaya. Harapan akan
mewujudkan satu Suruhanjaya Pilihan Raya yang benar-benar bebas, dan
memansuhkan undang-undang anti berita tidak benar ini,” katanya dalam satu
kenyataan semalam.
Sebelum ini, pembangkang sering menuduh SPR berat sebelah
dan condong kepada parti pemerintah walaupun suruhanjaya tersebut banyak kali
menafikannya. Dalam isu persempadanan semula kawasan pilihan raya yang panas
sekarang, pembangkang mendakwa ia dibuat bagi memastikan BN kekal di tampuk
kepimpinan negara.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Selain itu, Anwar turut mendakwa usul persempadanan semula
kawasan pilihan raya yang diluluskan Parlimen minggu lalu tidak melalui proses
undang-undang dan jelas melanggar perlembagaan.
Katanya, walaupun isu persempadanan semula adalah perkara
serius, namun ia dilihat diputuskan secara tergesa-gesa.
“Saya berasa amat jijik dengan tindakan BN yang meluluskan
usul persempadanan semula di Dewan Rakyat dengan cukup tergesa-gesa tempoh
hari.
“Ini adalah perkara yang amat serius yang sepatutnya
diberikan masa secukupnya untuk dibahas dan dibincangkan. Tetapi usul tersebut
telah diluluskan dalam masa dua jam sahaja! Ia adalah pengakuan bahawa BN akan
kalah PRU14 jika sempadan sedia ada digunakan,” katanya.
Rabu lalu, Usul Persempadanan Semula Kawasan Pilihan Raya persekutuan
dan negeri telah diluluskan Dewan Rakyat.
Speaker, Tan Sri Pandikar Amin Mulia mengumumkan usul yang
dibawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak itu diluluskan dengan
majoriti 129 ahli Parlimen menyokong manakala 80 tidak bersetuju.
Usul itu diluluskan melalui pengundian belah bahagi yang
dijalankan sejurus Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
selesai menggulung sesi perbahasan.
Merujuk kepada Rang Undang Undang (RUU) Antiberita Tidak
Benar pula, Anwar menyifatkan cadangan itu juga adalah bukti bahawa BN semakin
terdesak untuk menghadapi PRU14, sedangkan berita palsu atau tidak benar
sememangnya ditangani dengan undang-undang sedia ada.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“Mereka (kerajaan) mahukan undang-undang ini untuk
mengongkong dan menghalang orang ramai dari membincangkan mengenai salah laku
BN. Dengan meluluskan RUU ini, BN dengan jelas menyerang golongan muda yang
rata-rata bakal menjadi mangsa undang-undang zalim ini,” katanya.
Justeru, beliau menggesa semua rakyat negara ini supaya
menjalankan tanggungjawab pada hari pengundian PRU14 bagi memastikan BN hilang
kuasanya.
“Adakah kita hanya akan duduk diam bila pencuri penyamun
yang merompak berbilion wang rakyat berkuasa mentakrifkan apa itu berita
palsu?,” katanya.
Pada 21 Mac lalu, Kabinet meluluskan RUU Antiberita Tidak
Benar dan dibentangkan Dewan Rakyat bermula minggu lalu.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina
Othman Said berkata, pembentukan RUU ini bertujuan untuk memperuntukkan
beberapa kesalahan-kesalahan berhubungan dengan penyebaran berita tidak benar
dan langkah-langkah bagi mengekang berita tidak benar.



Sumber: Sinar Harian

PERINGATAN: Malaysian Update tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.

Loading...
loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here