Berita Palsu: Tak Benar Ada Parti Politik Suruh Warga Asing Mengundi

0
34

PETALING JAYA: Sebuah video tular di media sosial semalam
mendakwa seorang wakil rakyat yang mewakili sebuah parti politik kononnya
meminta seorang pendatang asing untuk mengundi mereka.
Video yang tular menampakkan seorang lelaki sedang
berkomunikasi dengan seorang lelaki yang didakwa sebagai warga asing.
Namun video yang tersebar itu adalah bukanlah seperti yang
didakwa oleh pihak yang menularkan kandungan tersebut, lapor Astro Awani.
Ia adalah berita palsu!

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Apa yang berlaku sebenarnya ialah lelaki yang didakwa
sebagai warga asing itu merupakan warga tempatan yang mengalami kerugian besar
selepas kedai motosikalnya terbakar di Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini.
Susulan kejadian itu, wakil daripada parti itu telah
menyumbang dana bernilai RM3,000 kepada pemilik kedai tersebut dengan harapan
untuk mengurangkan bebannya.
Namunpemilik kedai tersebut kemudian dituduh sebagai seorang
warga asing dan didakwa menerima duit sebagai imbuhan untuk mengundi parti itu.
Berita tersebut adalah palsu dan ini telah disahkan oleh
pegawai khas wakil parti itu ketika dihubungi Astro AWANI.
Beliau berkata, “Pemilik kedai itu merupakan penduduk,
pengundi di kawasan tersebut.”


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“Ia bukan seperti yang dituduh, bahawa beliau merupakan
seorang warga Bangladesh. Kami berniat untuk menolong dan hal itu telah diputar
belit oleh netizen.”
Video yang mendakwa bahawa wakil parti itu memberi duit
untuk mendapat undian warga asing adalah tidak benar dan ia hanya merupakan
satu sumbangan sebagai pertolongan kepada seorang yang ditimpa musibah, katanya
lagi.

PERINGATAN: Malaysian Update tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.

Loading...
loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here