Angkara hutang, lelaki tetak leher rakan

0
31



LAHAD DATU: Angkara hutang, seorang lelaki maut dalam keadaan mengerikan apabila leher hampir putus akibat ditetak kenalannya menggunakan parang ‘barong’ dalam kejadian di Simpang Taman Warisan 4, Jalan Tengah Nipah, di sini, tengah hari tadi.


Serangan yang berlaku dalam kereta jam 1.25 tengah hari itu, menyebabkan mangsa Fazrin Ibrahim, 30, beralamat Kampung Tabanak, Jalan Silam, di sini, mati di tempat kejadian.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();



Turut cedera, adik ipar mangsa iaitu Hardisyam Saparuddin, 11, dengan beberapa jarinya cedera akibat ditetak suspek terbabit.


Difahamkan, selepas serangan itu, suspek dikatakan melarikan diri dari lokasi kejadian, manakala adik iparnya berada di sisi mangsa sambil menangis dalam keadaan berlumuran darah.


Orang ramai yang berada di lokasi turut bersimpati dan menenangkan kanak-kanak terbabit.


Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Hamzah Ahmad, berkata kanak-kanak yang cedera kini dalam rawatan kecemasan di Hospital Lahad Datu.


“Hasil temubual dengan kanak-kanak yang cedera, suspek dikenali sebagai ‘Kajan’ itu dikatakan mempunyai hutang dengan abang iparnya.


“Ketika kejadian suspek berada di dalam kereta di bahagian tempat duduk belakang lalu menyerang mangsa dari belakang menggunakan parang jenis barong.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});



“Akibat kejadian itu, leher mangsa hampir putus manakala adik ipar mangsa turut cedera luka di jarinya,” katanya ketika dihubungi, hari ini.


Menurutnya, mayat mangsa yang maut di bawa ke Hospital Lahad Datu untuk bedah siasat.


“Polis sedang giat mengesan suspek termasuk menggunakan unit anjing pengesan (K9).


“Siasatan masih diteruskan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katany


-BHonline

PERINGATAN: Malaysian Update tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here