Video: Rompak Tak Menjadi, Sudahnya Dicekup!

0
25


IPOH – Malang bagi seorang penjenayah berusia 34 tahun
apabila dia berjaya dicekup orang ramai dalam cubaan samun pemilik kedai di
Panorama Lapangan Perdana di sini, petang kelmarin.

Menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV), suspek yang
berbaju putih dan bertopi keledar itu bertindak mengacukan parangnya kepada
wanita yang berada di kaunter kira-kira jam 4 petang.
Terkejut dengan tindakan lelaki tersebut, mangsa terus
mengambil kerusi yang diduduknya dan cuba mengacah bagi menghalau suspek
daripada cuba mencederakanya.

Lelaki itu kemudian dilihat seakan membatalkan ‘niatnya’,
lalu terus beredar keluar daripada premis tersebut.


Namun malangnya apabila orang awam yang berada di kawasan
sekitar terus menangkapnya ketika dia cuba melarikan diri dengan motosikal.
Suspek yang difahamkan berasal dari Jalan Pasir Puteh itu
bengkak di kedua-dua tangan dan dahi selain sakit seluruh badan.
Lelaki itu kemudian diserahkan kepada anggota polis yang
tiba di lokasi kejadian dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 393 Kanun
Keseksaan.



– Mynewshub


Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here