RUU Antiberita Tidak Benar: Cadangan Hukuman Penjara Dipinda

0
35

Cadangan hukuman penjara yang dibuat di bawah Rang Undang-Undang (RUU) Antiberita Tidak Benar 2018 akan dipinda daripada 10 tahun kepada enam tahun.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said berkata pindaan hukuman untuk kesalahan di bawah peruntukan Fasal 4 dan 5 RUU itu dibuat kerajaan selepas mengambil kira pandangan beberapa pihak termasuk anggota Parlimen.
“Pindaan ini membuktikan kerajaan di bawah pimpinan perdana menteri amat prihatin dan bersedia menerima segala pandangan dan cadangan bagi menjadi RUU ini sebagai satu RUU yang inklusif dan komprehensif,” katanya ketika membentangkan RUU itu untuk bacaan kali kedua pada persidangan Dewan Rakyat, semalam.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Azalina berkata selain itu perkataaan “knowingly” yang terkandung dalam Fasal 4 juga dicadang untuk digantikan dengan perkataan “maliciously”.
“RUU ini tidak menyekat kebebasan bersuara rakyat sebaliknya bertindak untuk menyekat kebebasan penularan berita tidak benar.
“RUU ini memberikan mesej jelas bahawa kerajaan tidak akan berkompromi dengan penyebaran berita tidak benar yang boleh memudaratkan ketenteraman awam atau keselamatan negara,” katanya.
Azalina berkata di bawah Fasal 3, RUU itu dicadangkan terpakai kepada mana-mana individu tanpa mengira kerakyatan atau kewarganegaraan dan di mana tempat berkenaan kesalahan itu dilakukan termasuk di luar Malaysia.
“RUU yang dicadangkan hendaklah terpakai jika bagi kesalahan yang berkenaan berita tidak benar itu adalah mengenai Malaysia atau orang yang disentuh oleh pelakuan kesalahan itu ialah warganegara Malaysia,” katanya.
Mengulas lanjut, Azalina berkata beberapa negara turut menyedari bahawa isu penyebaran berita palsu merupakan ancaman global yang besar kepada dunia maklumat yang perlu ditangani secara efektif.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“Kerajaan Perancis telah mengumumkan undang-undang baharu akan diadakan untuk mengadakan prosedur lebih efektif bagi menghalang berita tidak benar. Filipina juga sedang mempertimbangkan untuk menggubal ‘Anti-Fake News Bill’,” katanya.
RUU ini telah dibentangkan untuk bacaan kali pertama pada hari Isnin.
– Bernama

PERINGATAN: Malaysian Update tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here