Nazri Merafak Sembah, Sultan Johor Ampunkan

0
36

Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini memaafkan Menteri
Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Aziz berhubung kemelut yang
tercetus antara Nazri dan istana Johor lebih dua tahun lalu.
Ia selepas Sultan Ibrahim berkenan menerima Nazri mengadap
kira-kira sejam di Istana Pasir Pelangi, Johor Bahru tadi.
“Sebagai manusia biasa kita pasti ada buat silap. Jadi
bila sedar sudah silap, cepat-cepatlah minta maaf. Jangan sampai
berpecah-belah. Tambahan pula kita orang Melayu sangat beradab. Jika buat
salah, datang mengadap dan mohon ampun.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Apa jua kemelut yang berlaku sebelum ini saya sudah
ampunkan dan Tunku Mahkota Johor (Tunku Ismail Sultan Ibrahim) juga sudah
ampunkan,” titah baginda kepada Royal Press Office seperti disiarkan di
laman Facebooknya hari ini.


Pada Jun 2015, Nazri memberi peringatan kepada Tunku Ismail
agar tidak mencampuri urusan politik jika tidak mahu diserang kembali.
Ia ekoran titah Tunku Ismail yang dilihat mengkritik Perdana
Menteri Datuk Seri Najib Razak kerana gagal hadir pada Nothing2hide, sebuah
dialog bersama NGO berkenaan isu 1MDB.
Mereka kemudian terlibat dalam perang mulut dan menyebabkan
Nazri disiasat di bawah Akta Hasutan 1948 dan dipanggil memberi keterangan
kepada polis.


Sultan Ibrahim menganggap isu tersebut sudah selesai dan
memberi amaran keras agar ia tidak lagi dipanjangkan.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});


“Apa yang penting, kita perlu bergerak ke hadapan dan
sentiasa mengutamakan perpaduan. Jangan cuba memecah-belahkan perpaduan yang
sudah terbina selama ini,” titah baginda.
Sementara itu, laman Facebok Johor Southern Tigers
menyatakan Nazri datang mengadap untuk memohon maaf kepada Tunku Ismail.
Nazri juga meminta pandangan Sultan Johor dalam isu
petadbiran negara, kata laman itu lagi.
Malaysiakini difahamkan Nazri kini dalam penerbangan pulang
ke Kuala Lumpur.

PERINGATAN: Malaysian Update tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.

Loading...
loading...

Sumbang seikhlas hati anda tanda sokongan kepada Berita Fakta dan Komprehensif kami. Bermula dengan hanya RM1, Sokong berita kami.Terima Kasih Rakyat Malaysia.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here