Header Ads

Ditahan Di Australia Bawa 900 Porno Budak

SEORANG rakyat Malaysia ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Melbourne, Australia selepas didakwa membawa ratusan gambar dan video lucah kanak-kanak ke negara itu.

Lapor beberapa media antarabangsa, pemuda itu ditahan pada Khamis lalu, 22 Mac selepas Pasukan Sempadan Australia (ABF) membuat pemeriksaan ke atas barangan miliknya ketika sampai di lapangan terbang itu dari Kuala Lumpur.

Loading...

Komander siasatan ABF, Mark Antill, berkata pihaknya menemui lebih 900 imej dan video yang menggambarkan bahan eksploitasi kanak-kanak di dalam komputer riba dan laptop lelaki berusia 27 tahun itu.
“Kita menemui lebih 900 gambar dan video berkaitan eksploitasi seks kanak-kanak yang tersimpan dalam komputer riba dan telefon bimbitnya. 
“Lelaki berkenaan didakwa mengikut undang-undang mengimport Tier 2, iaitu bahan eksploitasi kanak-kanak mengikut Seksyen 233BAB (5) Akta Kastam 1901,”katanya memetik kenyataan yang dikeluarkan pada Ahad.
Tambah Mark, jenayah pedofilia yang dilaporkan semakin meningkat di Australia menyebabkan kerajaan meningkatkan usaha bagi membendung aktiviti ‘penyeludup’ pornografi kanak-kanak itu.
“Kanak-kanak dibahayakan oleh mereka yang mengeluarkan bahan amat dibenci ini, dan mereka yang menggunakan bahan eksploitasi kanak-kanak mewujudkan pasaran yang menggalakkan perdagangan teruk ini.
“Melalui risikan dan teknik sasaran, pegawai terlatih kami secara aktif memberkas mereka yang membawa masuk bahan eksploitasi kanak-kanak ke Australia,” katanya lagi.

Difahamkan, suspek yang direman sehingga 29 Jun depan akan dibicarakan di Mahkamah Majistret Melbourne dalam masa terdekat.
Jika disabit kesalahan kerana mengimport atau mengeksport bahan eksploitasi tersebut, tertuduh berdepan dengan hukuman penalti maksimum AUD180,000 (RM542,990) atau 10 tahun penjara atau kedua-duanya sekali. 

No comments


Loading...