Aliff Syukri Beli Hotel Di Lombok Dan London

0
46


HEBAT… Usahawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri
Kamarzaman baru-baru ini didapati telah menambahkan asetnya apabila difahamkan
berjaya membeli syer dalam sektor hartanah.

Apa yang menarik, selebriti popular tersebut meluaskan
empayar menerusi pemilikan dua buah hotel luar negara masing-masing terletak di
Lombok, Indonesia dan London, Britain, lapor sebuah portal berita tempatan hari
ini,
Peneraju filem Badang itu memberitahu beliau buat keputusan
untuk beli aset berkenaan memandangkan saingan sengit dihadapinya dalam
mengusahakan perniagaan kosmetik miliknya di bawah D’Herbs Healthy Sdn. Bhd.
“Sekarang ini, sesiapa sahaja bebas boleh menjual produk
kosmetik. Malah, makcik ‘bawang’ di belakang rumah saya pun ada jual produk
kosmetik sendiri. Persaingan memang ada di mana-mana tanpa ada batasan.
“Jadi, saya tidak boleh bergantung dengan hasil jualan
produk kosmetik semata-mata. Perlu ada perniagaan alternatif untuk cambahkan
pendapatan. Satu sumber sahaja tidak memadai,” kata jutawan berusia 31 tahun
itu.
Menurut bintang realiti rancangan Oh Abang Kosmetik itu
lagi, selain masih rancak menyusun strategi agar produk kosmetiknya kekal
relevan di samping menceburi bidang perhotelan, Aliff Syukri juga fokus untuk
projek lain.
Ini termasuk usaha untuk membangunkan perniagaan makanan
yang baharu diusahakannya melalui bisnes Restoran Romah Makan Terlajak Laris
yang dilancarkan sekitar Januari lalu melibatkan pelaburan RM200,000.
Jelas beliau, premis tersebut yang terletak di Kota
Damansara, Selangor dengan menyediakan lebih 40 menu tradisional pelbagai cita
rasa Melayu semakin mendapat sambutan memberangsangkan daripada pelanggan.
“Setelah beberapa bulan beroperasi, Alhamdulillah restoran
saya sentiasa penuh dan sudah mempunyai pelanggan tetap. Selain bisnes
restoran, saya turut mengeluarkan produk makanan di bawah jenama D’Herbs
Terlajak Sedap.


“Menerusi perniagaan berasaskan makanan ini, saya
mengalu-alukan orang ramai yang berminat untuk menjadi ejen atau stokis,” jelas
beliau. Terdahulu, Aliff Syukri sebelum ini sudah memiliki Sugeh Group of
Resorts.
Syarikat berkenaan giat mengusahakan Sugeh Hill Exclusive
Eco Resort yang terletak di atas tanah seluas lapan ekar di Janda Baik, Pahang
bernilai RM13 juta selain Sugeh Village Country House di Sungai Buloh,
Selangor.
Dalam pada itu, Aliff Syukri turut melancarkan koleksi
tudung jenama AliffbySha meliibatkan kolaborasi selebriti Nadia Annuar, Joy
Revfa, Uyaina Arshad, Nabila Razali dan isteri beliau, Datin Seri Nur Shahida
Mohd. Rashid.
Koleksi tudung bawal satin silk berharga RM99 itu terjual
melebihi 10,000 helai sebulan. Kualiti menjadi faktor utama dengan menggunakan
fabrik kualiti tinggi diimport khas dari Korea Selatan.

– Mynewshub

PERINGATAN: Malaysian Update tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here