Tiada Subsidi Tidak Benar: Najib

0
36


RAKYAT Malaysia seharusnya tidak terpengaruh dengan tuduhan
bahawa kerajaan langsung tidak menyediakan subsidi untuk rakyat kerana tohmahan
tersebut tidak benar sama sekali, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun
Razak.
Menegaskan 
kerajaan  memperuntukkan  banyak belanja untuk subsidi dalam
pelbagai  sektor, perdana menteri
berkata, beliau mendengar seruan meminta kerajaan menyediakan subsidi
bertujuan  mengurangkan kos sara hidup.
“Seperti yang diumumkan dalam Bajet 2018, sebanyak RM3.9
bilion disediakan untuk subsidi barang dan pengangkutan seperti gas memasak,
tepung, minyak masak, dan banyak lagi.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Selain subsidi barang, terdapat subsidi elektrik dan tol
supaya kenaikan kadar elektrik dan tol dapat dielakkan,” katanya menerusi
catatan di blog rasmi 
www.najibrazak.com, semalam.
Najib, yang juga Menteri Kewangan, menjelaskan sebanyak
RM26.5 bilion disediakan untuk penjagaan kesihatan pada 2018 meskipun
kutipan  sektor itu hanya RM600 juta dan
selebihnya ditanggung kerajaan.
Sejak 2012, beliau berkata, yuran wajib dikecualikan
sepenuhnya di sekolah kerajaan dan kerajaan turut membiayai kira-kira 90
peratus daripada yuran pengajian universiti.
Bagi sektor perumahan, Najib berkata, kerajaan menyediakan
subsidi dalam bentuk bantuan deposit iaitu Skim MyDeposit dan subsidi rumah kos
rendah seperti Program Perumahan Rakyat, Rumah Generasi Kedua Felda, Rumah Bina
Negara Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) dan
lain-lain.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});



– Sinar Harian

PERINGATAN: Malaysian Update tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here