Header Ads

Laungan 'Undur Mahathir' Bergema Di Hadapan KDN



PUTRAJAYA - "Undur... undur! Undur Mahathir! Mahathir diktator!," itu antara laungan gemuruh dalam demonstrasi aman di pekarangan Kompleks Kementerian Dalam Negeri yang berlangsung hari ini.

Perhimpunan yang dihadiri lebih 500 bekas ahli majlis pimpinan tertinggi, bekas pimpinan muda dan ahli akar umbi Bersatu mendesak Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) mengambil tindakan terhadap Bersatu yang melakukan kesalahan dalam pelanggaran perlembagaan dalam beberapa isu terbabit, lapor Sinar Harian.


Loading...

Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad dikatakan bertindak secara diktator dengan menggelar ahli-ahli yang menegur kesalahan pemimpin parti ini sebagai sampah dan tidak berguna.

Ini merupakan satu sikap biadab dan tidak boleh dijadikan contoh kepada ahli-ahli dan pemimpin parti.   Selain itu, pentadbiran parti juga menghadapi krisis yang semakin meruncing.

Ramai pemimpin parti di peringkat pusat, negeri dan bahagian telah dipecat tanpa melalui proses disiplin dan tatacara yang betul.

No comments


Loading...
loading...