[VIDEO] Isa Samad Antara 9 Dipanggil Kes Pindah Milik Tanah Felda

0
36
Foto: KLXpress



KUALA LUMPUR 5 Jan. – Bekas Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd.
Isa Abdul Samad merupakan individu kesembilan dipanggil Jabatan Siasatan
Jenayah Ko­mersial (JSJK), Bukit Aman hari ini bagi membantu siasatan kes
pemindahan hak milik tanah Felda bernilai RM270 juta di Jalan Semarak di sini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK), Datuk
Amar Singh Ishar Singh berkata, Mohd. Isa tiba di pejabat JSJK kira-kira pukul
10.30 pagi.

“Saya sahkan beliau datang ke sini bagi merakam percakapan
berhubung siasatan kes tanah Felda bagi membolehkan siasatan dijalankan.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Sebelum beliau, kami telah rakam lapan percakapan lapan
individu yang berkaitan dalam membantu siasatan kes ini,” katanya ketika
ditemui hari ini.
Menurut Amar Singh, pihaknya dijadualkan merakam percakapan
seorang lagi individu, Isnin ini.

“Siapa individu yang telah dipanggil dan akan dipanggil itu
tidak perlu didedahkan.
“Mereka semua dipanggil bagi membantu siasatan kes tanah
Felda yang tengah berjalan sekarang ini,” ujarnya.
Amar Singh membe­ritahu, siasatan kes ber­kenaan dibuat
mengikut Seksyen 420 Kanun Ke­seksaan atas kesalahan melakukan penipuan.
Pada 21 Disember 2017, Pengerusi Felda, Tan Sri Shahrir
Abdul Samad me­­maklumkan pihaknya akan melakukan apa sahaja untuk mendapatkan
semula hak ke atas tanah strategik di Jalan Semarak yang dianggarkan bernilai
RM270 juta apabila dikesan telah ditukar milik kepada Synergy Prominade Sdn.
Bhd. (Synergy Prominade).

Felda telah membuat laporan polis pada 12 Disember lalu dan
akan mengambil tindakan undang-undang sivil ke atas pihak yang terlibat dalam
perkara itu.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});



– Utusan Online

PERINGATAN: Malaysian Update tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.

Loading...
loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here