Tukar Najib, Naik Mahathir Lagi Teruk

0
27
Foto: Malaysia Dateline


KOTA TINGGI – Tindakan menukar individu tidak akan mampu
menjamin negara menjadi lebih baik sebaliknya dengan menukar dasarlah mampu
membawa negara ke arah kebaikan.
Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata,
analisa dilakukan terhadap senario politik negara mendapati terdapat dua parti
yang bersedia mengubah dasar negara.
Menurutnya, semua orang tahu bahawa Pas bersama Gagasan
Sejahtera mempunyai komitmen untuk mengubah polisi dan dasar negara berikutan
negara sebelum ini pernah dilanda dasar yang rosak.
“Tukar individu tak menjamin negara jadi baik. Apatah
lagi nak tukar (Datuk Seri) Najib, nak naikkan (Tun Dr) Mahathir
(Mohamad)..lagi teruk.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Komitmen kita mahu tukar dasar. Sebab melalui sirah
nabi sendiri Baginda tunjukkan di mana semua perkara mungkar yang berlaku
adalah berpunca dari kerosakan dasar.
“Apabila akidah kita betul maka akan betul ekonomi,
politik, sistem sosial dan undang-undang. Sebaliknya jika akidah rosak maka
semuanya akan rosak,”katanya pada sesi Dialog Perdana yang dianjurkan Pas
kawasan Tenggara di Dewan Chon Moi, malam tadi.
Hadir sama, Timbalan Presiden Ikatan Bangsa Malaysia, Datuk
Seri Badri Abd Rahman; Setiausaha Kehormat Persatuan Cina Muslim Malaysia, Dr
Ann Wan Seng; Pesuruhjaya Pas Johor, Abdullah Husin dan Yang Dipertua Pas
Tenggara, Nazari Mokhtar.
Tuan Ibrahim berkata, manusia tidak boleh atur hidup dalam
kerangka manusia sebaliknya manusia mestilah duduk didalam satu sistem di mana
kerangkanya adalah pencipta manusia.
“Sebab itu dalam Pas kita gerakan perubahan bahawa
kalau nak negara selamat kita kena kembali kepada sistem selamat di mana sistem
yang iktiraf kepelbagaian bangsa, warna kulit dan kepelbagaian
agama,”katanya.
Jelasnya lagi, Pakatan Harapan (Harapan) dan BN sendiri
tidak bersedia untuk mengubah dasar negara dan satu-satunya muafakat politik
untuk mengubah dasar negara adalah melalui Gagasan Sejahtera.
Beliau juga berkata, apa yang berlaku dalam Harapan dan
pergolakan BN menyebabkan Pas dalam Gagasan Sejahtera tiada sebarang masalah
untuk berbincang mengenai kerusi dan calon PRU14 bersama rakan politiknya.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“Jawatan kita tak bincang sebab apa? kambing belum bela
lagi jadi tak usah bincang nak bahagi untung berapa.
“Apa yang penting kita fokus kebajikan rakyat, selesai
masalah rakyat Insya-ALLAH rakyat akan beri harapan pada parti yang menjaga dan
memelihara hak mereka dan itu adalah parti Pas bersama Gagasan Sejahtera,”
katanya lagi.
Dalam pada itu, Tuan Ibrahim turut memaklumkan kekerapannya
datang ke negeri ini adalah kerana beliau dapat melihat ‘bulan purnama’ akan
muncul di Johor.
Katanya, meskipun Johor merupakan negeri yang sukar untuk
dimenangi namun beliau percaya berkat perit jerih perjuangan parti Pas selama
ini kemenangan itu pasti akan hadir.

Terdahulu, majlis sama beliau turut merasmikan gimik
pelancaran Gerak Gempur PRU14 Kebajikan Rangkaian Bekas Angkatan Tentera
(Kerabat) Negeri Johor.

– Sinar Harian

PERINGATAN: Malaysian Update tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.

Loading...
loading...

Sumbang seikhlas hati anda tanda sokongan kepada Berita Fakta dan Komprehensif kami. Bermula dengan hanya RM1, Sokong berita kami.Terima Kasih Rakyat Malaysia.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here