Pilih Tun M, Pakatan Harapan Lewat 37 Tahun, Kata Nazri Aziz

0
25

PADANG RENGAS: Cadangan untuk memilih bekas Perdana Menteri,
Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai calon Perdana Menteri di kalangan Pakatan
Harapan (PH) disifatkan sebagai langkah keterbelakang.
Ini kerana UMNO sebelum ini telah pun memilih beliau untuk
menjawat jawatan sama 37 tahun lalu.
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul
Aziz berkata, pemilihan pemimpin berusia 92 tahun itu sebagai calon Perdana
Menteri hanya akan memberi mesej kepada rakyat bahawa negara tidak akan
mempunyai masa depan sekiranya pembangkang menang pada Pilihan Raya Umum ke-14
(PRU14).

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Cadangan mereka, kalau PH menang, Mahathir akan jadi PM.
Apa pembaharuan yang ada? Kalau nak cadang Mahathir jadi PM, BN sudah buat 37
tahun dulu dah.
“Kalau pilih orang dah lanjut umurnya untuk jadi PM maka ia
tidak ada masa depan.
“Tiada cara paling jelas lagi Tuhan nak tunjukkan kepada
rakyat untuk buat pemilihan tepat, pilihlah BN,” katanya ketika ditemui dalam
satu majlis di sini hari ini.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Padang Rengas berkata, selain
faktor usia Tun Mahathir, kredibiliti bekas Perdana Menteri itu juga kini
dilihat amat rendah berikutan sering dikeji oleh pelbagai pihak termasuk di
kalangan ahli partinya sendiri, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Justeru katanya, calon tidak relevan yang bakal ditampilkan
oleh pihak pembangkang itu hanya akan memberi petunjuk kepada rakyat supaya
memilih Barisan Nasional (BN) pada PRU14 akan datang demi memastikan negara
terus stabil dan mempunyai masa depan yang cerah.

– Astro Awani

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here