Najib Iktiraf Peranan Penting Penjawat Awam

0
29

KUALA LUMPUR – Kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun
Razak bahawa kerajaan pimpinannya tidak akan menguncupkan saiz penjawat awam
merupakan satu jaminan untuk warga sektor awam mengenai masa depan kerjaya
mereka.
Berita gembira itu, kata Presiden Kongres Kesatuan
Pekerja-pekerja dalam Perkhidmatan Awam Datuk Azih Muda turut membuktikan
kepekaan mendalam pemimpin nombor satu negara tersebut terhadap peranan dan
tanggungjawab yang dipikul penjawat awam sebagai jentera pelaksana dasar dan
penyampai perkhidmatan kerajaan kepada rakyat.
“Beliau bukan sahaja berkata saiz penjawat awam tidak akan
dikurangkan, malah menjamin bahawa perkhidmatan pekerja kontrak sedia ada akan
diteruskan. Ini merupakan satu berita yang cukup signifikan untuk penjawat
awam,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Katanya kerjaya dalam sektor awam harus dilihat sebagai satu
khidmat nasional dalam membantu memastikan Malaysia mencapai wawasan menjadi
sebuah daripada 20 negara teratas dunia menjelang 2050.
Perdana menteri dalam satu majlis perjumpaan bersama
penjawat awam kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri di Kota Bharu semalam
turut menyifatkan perkhidmatan awam sebagai benteng dan tulang belakang
kerajaan.
Azih berkata ini ialah satu penghargaan dan pengiktirafan
kepada sektor itu yang boleh menjadi pembakar semangat untuk penjawat awam
terus memberikan yang terbaik dalam tugas ketika mereka dicemuh dan dipandang
negatif oleh sesetengah masyarakat.
Katanya pada masa ini terdapat 1.62 juta penjawat awam di
negara ini dengan hampir 55,000 adalah pekerja kontrak manakala kira-kira 35,000
hingga 39,000 orang pula dianggarkan bersara wajib setiap tahun.
Beliau berkata tindakan pembangkang yang mendakwa saiz
penjawat awam terlalu besar sehingga membayangkan akan mengurangkan separuh
daripada jumlah sedia ada jika berjaya membentuk kerajaan persekutuan adalah
tidak berpijak di bumi nyata.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“Jumlah 1.62 juta orang adalah jumlah keseluruhan termasuk
kategori keselamatan (tentera dan polis), pendidikan dan perkhidmatan
kesihatan. Jumlah penjawat awam dalam tiga kategori ini sudahpun mencecah
hampir 1.1 juta orang,” katanya.
Beliau berkata pembangkang juga sengaja mengelirukan orang
ramai bahawa saiz penjawat awam yang terlalu besar membebankan kedudukan
kewangan kerajaan, berbanding di negara lain seperti Singapura, United Kingdom
dan negara-negara Kesatuan Eropah.
“Namun, yang mereka sengaja tidak beritahu ialah bahawa
jumlah yang dilaporkan di negara lain adalah tidak termasuk mereka yang
berkhidmat dalam kategori pertahanan, pendidikan dan kesihatan, kerana
penakrifan penjawat awam di setiap negara adalah berbeza,” katanya. – BERNAMA

PERINGATAN: Malaysian Update tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.

Loading...
loading...

Sumbang seikhlas hati anda tanda sokongan kepada Berita Fakta dan Komprehensif kami. Bermula dengan hanya RM1, Sokong berita kami.Terima Kasih Rakyat Malaysia.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here