Juruiring Dr Mahathir Antara 19 Pegawai Kanan Polis Ditukar

0
49

KUALA LUMPUR, 21 Rabiulakhir 1439H, Selasa – Juruiring
Peribadi Polis kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, Asisten
Komisioner Mazli Mazlan, adalah antara 19 pegawai kanan Polis Diraja Malaysia
(PDRM) yang ditukar dan dinaikkan pangkat berkuat kuasa 12 Februari depan.
ACP Mazli akan memangku pangkat SAC akan mengambil alih
jawatan SAC Datuk Mastor Mohd Ariff sebagai Komander Unit Tindakhas, Pasukan
Gerakan Khas, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDN/KA)
Bukit Aman.
Mastor bertukar ke jawatan Timbalan Pengarah KDN/KA (Pasukan
Gerakan Am) Bukit Aman dengan memangku pangkat DCP.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Ketua Komunikasi Korporat PDRM, Datuk Asmawati Ahmad dalam
kenyataan hari ini berkata, pertukaran itu antara lain membabitkan Ketua Polis
Kedah, Datuk Asri Yusoff yang bertukar jawatan sebagai Pengarah Jabatan
Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman.
“Jawatan beliau diganti Timbalan Pengarah (Operasi) Jabatan
Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Bukit Aman, Datuk Zainal
Abidin Kasim dengan memangku pangkat CP,” katanya.
Jawatan Zainal pula digantikan Ketua Penolong Pengarah JIPS
(Agama dan Kaunseling) Bukit Aman, SAC Hashim Ali dengan memangku pangkat DCP,
manakala tempat Hashim digantikan Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Sapiai @
Shafien Mamat.
Tempat Sapiai @ Shafien pula bakal diisi Timbalan Ketua
Polis Daerah Sepang Supt Baharudin Mat Taib.

Kenyataan itu turut memaklumkan SAC Pentadbiran, Bahagian
Dasar Sumber Manusia, Jabatan Pengurusan Bukit Aman, SAC Datuk Hashim Abd Jalil
dilantik sebagai Timbalan Pengarah (Pematuhan Standard) JIPS Bukit Aman dengan
memangku pangkat DCP.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

ACP Pusat Pengajian Sains Perisikan & Kajian Strategik,
Maktab PDRM Kuala Lumpur, ACP Mohd Shaharudin Baharom pula akan mengambil alih
jawatan Ketua Penolong Pengarah Pengurusan, Bahagian Urusetia/Hal Ehwal Pesara
Polis, Jabatan Pengurusan Bukit Aman dengan memangku pangkat SAC.
Komander Markas Pasukan Polis Marin Wilayah Tiga, Jabatan
KDN/KA Kuantan, ACP Zulkafli Sariaat dilantik sebagai Timbalan Komander Pasukan
Polis Marin (Kepolisan Am/Strategik/Siasatan), Jabatan KDN/KA Bukit Aman.
Penolong Pengarah Operasi (STAFOC), Skuad Taktikal Khas 1,
Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, ACP Denis Leong Soon Kuai pula
dilantik sebagai Timbalan Ketua JSJ Siasatan/Perundangan, Sarawak. – Bernama

PERINGATAN: Malaysian Update tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.

Loading...
loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here