Hanya Dr Mahathir Layak Melakukan “Mission Impossible” – Kit Siang

0
37

PETALING JAYA: Pemimpin DAP Lim Kit Siang berkata hanya Tun
Dr Mahathir Mohamad layak melakukan “mission impossible” (misi mustahil) dalam
membantu pembangkang mendapatkan sokongan pengundi Melayu di luar bandar pada
pilihan raya akan datang.
“Kalau Mahathir tidak boleh membawa gelombang perubahan di
kalangan pengundi Melayu luar bandar pada pilihan raya umum ke-14 dalam masa
100 hari akan datang, tidak ada satu pun pemimpin lain boleh melakukan ‘mission
impossible’ ini,” katanya berucap di Batu Pahat malam tadi, lapor FMT.
Lim berkata sokongan kepada pembangkang di kalangan pengundi
bandar tidak memadai dalam menukar kerajaan.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();


Menurutnya, sekiranya pengundi bandar menyokong Pakatan
Harapan sedangkan pengundi di luar bandar masih belum menerima arus “tsunami
politik”, ia akan berakhir seperti pilihan raya umum yang lalu di mana “Datuk
Seri Najib Razak akan terus menjadi perdana menteri minoriti”.
Katanya, hanya tsunami politik yang serentak di bandar dan
luar bandar boleh menjamin perubahan tetapi ia bergantung kepada “mobilisasi
sosial”.

“Tsunami politik luar bandar tanpa tsunami politik bandar
kerana pengundi bandar sudah putus harapan mengenai perubahan melalui
demokrasi… juga akan menguntungkan Najib, Umno dan Barisan Nasional,” kata Lim.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

PERINGATAN: Malaysian Update tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.

Loading...
loading...

Sumbang seikhlas hati anda tanda sokongan kepada Berita Fakta dan Komprehensif kami. Bermula dengan hanya RM1, Sokong berita kami.Terima Kasih Rakyat Malaysia.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here