Bekas AG Ulangi – Dr Mahathir Tak Bertanggungjawab Pecat Salleh Abas

0
35

Bekas peguam negara (AG), Tan Sri Abu Talib Othman sekali
lagi berkata bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad tidak
bertanggungjawab dalam pemecatan ketua hakim negara ketika itu, Tun Salleh Abas
Pengesahannya dibuat susulan kenyataan Dr Mahathir semalam
yang mengulangi bahawa beliau tidak bertanggungjawab terhadap pemecatan Salleh
sehingga mengakibatkan krisis kehakiman pada tahun 1988.
“Seperti saya kata, tidak benar bahawa Mahathir
memulakan penyingkiran itu atau mahu Salleh dipecat, beliau hanya mematuhi
arahan Agong,” kata Abu Talib dalam satu temu bual di Kuala Lumpur hari
ini.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Walau bagaimanapun, Abu Talib menegaskan bahawa dirinya
bukan mempertahankan Dr Mahathir dalam perkara itu.
“Saya tidak membela Mahathir, sebab itu saya kata, kamu
mungkin tidak menyukainya, tetapi itulah fakta, saya tidak bermain politik
tetapi berdasarkan fakta,” katanya.
Isu itu, menurutnya, adalah “sejarah”.
“Malangnya, sesetengah orang mempolitikkannya dan
menjadikan ini sesuatu yang peribadi. Ini sudah diselesaikan pada tahun 1988
jadi kenapa membukanya semula.”
Abu Talib membuat penjelasan itu susulan Dr Mahathir dalam
kenyataannya semalam menyalahkannya kerana menggunakan nama bekas perdana
menteri itu untuk memecat Salleh.

Namun, bekas peguam negara itu bagaimanapun menegaskan
bahawa beliau tidak menggunakan nama Mahathir kerana perdana menteri itu
berperanan dalam penubuhan sebuah tribunal untuk meneliti kes berhubung dakwaan
ke atas Salleh.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Memetik perlembagaan, Abu Talib berkata bahawa tribunal itu
hanya boleh ditubuhkan atas perwakilan yang dibuat oleh perdana menteri.
“Adalah tidak benar saya menggunakan namanya tanpa
pengetahuannya kerana saya terpaksa menggunakan nama dan pejabatnya untuk
tujuan menubuhkan tribunal,” katanya.

“Pejabat Peguam Negara – pejabat saya – menyediakan
dokumen-dokumen. Komunikasi dengan istana itu ditangani oleh Jabatan Perdana
Menteri.”

Sumber: Malaysiakini

PERINGATAN: Malaysian Update tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.

Loading...
loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here