Ahmad Zahid Mengamuk

0
32



HUTAN MELINTANG: Gara-gara tidak berpuas hati dengan kualiti
pembinaan dewan baharu sebuah sekolah, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr
Ahmad Zahid Hamidi ‘mengamuk’ ketika memberi ucapan perasmian di Sekolah
Menengah Kebangsaan (SMK) Hutan Melintang, di sini hari ini.

Ahmad Zahid yang hadir untuk merasmikan dewan baharu
berharga RM600,000 itu ternyata tidak berpuas hati dengan kualiti dewan
tersebut yang dibina khas untuk kemudahan pelajar-pelajar sekolah berkenaan, lapor Astro Awani. 
“Jangan hina orang Bagan Datuk, jangan hina SMK Hutan
Melintang, saya tak puas hati, saya tidak akan pernah puas hati, RM600,000
macam ini ke?

“Saya akan minta Suruhanjaya Pecengahan Rasuah Malaysia
(SPRM) siasat kenapa jadi begini, kalau ada penyelewengan ambil tindakan tidak
kira kontraktor, konsultan dan sesiapa sahaja yang terlibat,” tegas beliau
ketika berucap dalam majlis itu.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Tambah beliau lagi, bangunan yang diberi peruntukkan
RM600,000 itu kelihatan seperti dibina dengan harga RM300,000 serta tidak
menepati standard yang dikehendaki.
“Mentang-mentang kita orang kampung, jangan kita
direndah-rendahkan, dengan mata kasar pun kita tahu. Saya tak mahu rakyat
katakan ahli parlimen ambil duit, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) ambil duit,
kita tidak akan berkompromi.

“Jangan main-main dengan saya, walaupun saya duduk di atas
tetapi saya tetap berpijak di bumi Bagan Datuk. Saya tak boleh terima, rakyat
Bagan Datuk tak boleh terima. Siapa agensi pelaksana, kontraktor jangan
main-main, kalau RM600,000 mesti RM600,000 nilainya, Jangan tuntut (claim)
RM600,000 tetapi nilai sebenar ialah RM300,000,” ujarnya dengan nada tegas.
Tambah Timbalan Perdana Menteri itu lagi, beliau akan
memberi tempoh selama tiga bulan untuk kontraktor terlibat melakukan perubahan
terhadap struktur dewan berkenaan.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“Saya beri tiga bulan supaya lompong di sekitar dewan ini
ditutup, saya mahu lantai simen ini diletak jubin, kipas juga perlu kipas yang
besar, saya mahu dewan ini juga lebih panjang daripada ini, jangan main-main
dengan saya.
“Saya akan datang lagi, tak perlu kompang, tak perlu karpet
merah dan tak perlu pelajar berbaris.. saya akan datang secara mengejut tengok
dewan ini lebih baik dari sekarang,” ujarnya.

PERINGATAN: Malaysian Update tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.

Loading...
loading...

Sumbang seikhlas hati anda tanda sokongan kepada Berita Fakta dan Komprehensif kami. Bermula dengan hanya RM1, Sokong berita kami.Terima Kasih Rakyat Malaysia.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here