Saran Tun Mahathir, Isteri, Zaid Kembali Belajar Rukun Negara

0
26

KUALA LUMPUR – Tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad, dan
isterinya Tun Siti Hasmah Mohd Ali memulangkan semula pingat Kebesaran Selangor
dilihat sebagai biadab dan tidak menghormati Institusi Diraja.
Pengerusi Gabungan NGO Selangor, Datuk Seri Jamal Md Yunos
berkata Pengerusi Pakatan Harapan itu, dan isterinya perlu kembali ke alam
persekolahan rendah bagi mempelajari tentang Rukun Negara.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Mereka tiada adab, Tun M yang kita lihat apabila
menerima teguran daripada Sultan Selangor, Sultan Sharifuddin Idris Shah beliau
cuba memperlekehkan ataupun buat protes dengan memulangkan pingat kebesaran.

“Jadi bagi kami mereka-mereka ini tidak mematuhi
peradaban ketika mana daripada kecil lagi diajar tentang Rukun Negara, justeru
mereka ini perlu kembali duduk di sekolah Darjah 1, duduk sekolah balik,”
katanya sambil membawa buku latihan sekolah Rendah Kebangsaan yang tertera
Rukun Negara di belakangnya.
Beliau berkata demikian selepas membuat laporan polis
terhadap individu terbabit yang dikatakan menghina Sultan Selangor.
Dalam pada, Jamal turut membuat saranan yang sama kepada
bekas Menteri Datuk Seri Zaid Ibrahim.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“Begitu juga dengan Zaid Ibrahim balik darjah satu
belajar erti Rukun Negara patuh dan taat kepada rukun negara barulah sepatutnya
menjadi seorang pemimpin,” katanya.

Dalam pada itu, Jamal berharap agar ketiga-tiga mereka
dikenakan tindakan undang-undang rentetan tindakan biadab mereka berkenaan.

Sumber: Sinar Online

PERINGATAN: Malaysian Update tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.

Loading...
loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here