PM Mahu Masyarakat India Terus Beri Mandat Kepada BN

0
21

KUALA LUMPUR – Masyarakat India perlu bersatu dan memberi
mandat yang lebih besar kepada Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum
ke-14 bagi membolehkan segala usaha pembangunan untuk mereka dapat diteruskan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak juga mahu
masyarakat India terus memberi kepercayaan kepada kepimpinan beliau dan BN
untuk membina masa depan yang terjamin bagi masyarakat itu.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Semua orang boleh cakap, tapi siapa yang boleh buat untuk
orang India.
“Siapa yang mempunyai perancangan dan program yang sudah
kita laksanakan dan kami akan terus melaksanakannya bagi kaum India, kalau
tidak lain tidak bukan kerajaan BN,” katanya semasa merasmikan Perhimpunan
Agung Tahunan ke-9 Persatuan Makkal Sakti Malaysia di sini, hari ini.
Sejak menjadi Perdana Menteri, Najib berkata pelbagai usaha
dilakukan untuk kesejahteraan masyarakat itu antaranya Pelan Tindakan
Masyarakat India yang dilancar awal tahun ini untuk meningkatkan sosio ekonomi
mereka selain pemberian dana terbesar hampir RM1 bilion untuk pembangunan
sekolah rendah jenis kebangsaan Tamil.
“Dalam BN kita ada satu pendekatan, yakni mahu BN disokong
oleh setiap kelompok masyarakat sama ada besar ataupun kecil. Kita amal dasar
bahawa Malaysia boleh maju kalau kita amalkan dasar inklusif,” kata Najib.
Perdana menteri berkata masyarakat India harus menolak parti
pembangkang yang hanya menabur politik kebencian dan janji kosong.
“Pembangkang mengamalkan politik kebencian, nak jatuhkan
kerajaan, tetapi kita percaya dalam politik yang membina masa depan lebih baik
kepada semua rakyat Malaysia.
“Sebab itu kita mesti beri keyakinan kepada pihak yang boleh
buat sesuatu dan bukannya bergantung kepada cakap-cakap dan janji-janji sahaja.
Kita sebagai kerajaan BN… kita telah melaksanakan dan akan terus melaksanakan,”
katanya.
Perdana Menteri berkata beliau yakin mandat yang lebih besar
akan menyumbang kepada kestabilan politik dalam negara dan pada masa yang sama
mengurangkan risiko geopolitik.
Dalam pada itu, Najib berkata pertumbuhan ekonomi sebanyak
6.2 peratus pada suku ketiga tahun ini dan pengukuhan kedudukan Ringgit juga
menunjukkan keyakinan orang ramai terhadap pengurusan ekonomi negara semakin
meningkat.
Katanya Malaysia hari ini juga telah mendapat pengiktirafan
agensi penarafan antarabangsa seperti Forum Ekonomi Dunia dan laporan
terbaharunya meletakkan Malaysia sebagai negara ke-23 paling kompetitif di
dunia.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“Inilah yang kita mesti pilih. Kita pilih kerajaan yang
boleh jamin masa depan kita. Kita nak mandat yang lebih besar kepada BN sebab
kita nak bina masa depan yang lebih baik untuk Malaysia,” katanya.
Turut hadir pada perhimpunan itu Presiden Makkal Sakti,
Datuk Seri R.S Thanenthiran, barisan kepimpinan parti serta 2,100 anggota
parti. – BERNAMA

PERINGATAN: Malaysian Update tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.

Loading...
loading...

Sumbang seikhlas hati tanda sokongan kepada Berita Fakta dan Komprehensif kami, RM1 pun diterima. Sokong berita kami, Terima Kasih Rakyat Malaysia.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here