Nik Nazmi Menang Saman Terhadap Abdul Gani

0
22

KUALA LUMPUR — Mahkamah Tinggi hari ini membenarkan saman
difailkan Anggota Dewan Undangan Negeri Seri Setia Nik Nazmi Nik Ahmad terhadap
bekas Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail dan kerajaan Malaysia berhubung
pendakwaan berniat jahat susulan penahanannya sebanyak dua kali di bawah Akta
Perhimpunan Aman 2012.
Hakim Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim membuat keputusan itu dengan
alasan bahawa pihak defendan iaitu Abdul Gani dan kerajaan Malaysia gagal menyangkal
dakwaan Nik Nazmi, 35, yang merupakan Ketua Pemuda Parti Keadilan Rakyat  selaku plaintif bahawa pendakwaannya kali
kedua mempunyai unsur niat jahat.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Mahkamah memerintahkan kedua-dua defendan membayar  ganti rugi khas untuk menampung kos guaman
sepanjang tempoh pendakwaan sebanyak RM80,000, ganti rugi am sebanyak RM100,000
dan ganti rugi teladan sebanyak RM50,000 serta kos sebanyak RM10,000 kepada
plaintif (Nik Nazmi).
Beliau berkata pihak defendan hanya memanggil dua saksi
iaitu timbalan pendakwa raya dan pegawai penyiasat bagi kes berkenaan ketika
perbicaraan, manakala defendan pertama (Abdul Gani) tidak hadir untuk memberi
keterangan.
“Apa yang dikatakan oleh timbalan pendakwa raya ketika
perbicaraan tidak lebih dari keterangan dengar. cakap. Saya tidak dapat faham
kenapa defendan pertama arahkan plaintif dituduh di bawah seksyen sama pada
kali kedua… apa yang mengejutkan arahan itu datang daripada orang yang
penting,” katanya.
Ahmad Zaidi berkata tindakan defendan pertama yang
mengarahkan pendakwaan kali kedua diteruskan walaupun selepas Mahkamah Rayuan
memutuskan ia tidak berperlembagaan dan ketika rayuan di Mahkamah Persekutuan
masih dalam proses, adalah tidak menghormati keputusan mahkamah.
Pada 31 Mac, 2015 Nik Nazmi memfailkan saman terhadap  Abdul Gani, yang ketika itu peguam negara,
atas dakwaan telah melakukan pendakwaan yang berniat jahat kerana bertindak
mendakwanya di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya buat kali kedua pada 6 Mei, 2014
mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Bagaimanapun Mahkamah Rayuan pada 25 April 2014 telah
membenarkan permohonannya untuk menggugurkan pertuduhan yang dihadapinya
mengikut akta sama.
Dalam pernyataan tuntutannya, Nik Nazmi menegaskan beliau
sebelum itu didakwa di Mahkamah Sesyen yang sama pada 17 Mei, 2013 atas dakwaan
menganjurkan perhimpunan di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya pada 8 Mei,
2013.
Beliau mendakwa pada 6 Mei, 2014, Mahkamah Sesyen telah
membebaskan dan melepaskannya selepas memutuskan ia terikat dengan keputusan
Mahkamah Rayuan yang memutuskan pendakwaan terhadapnya mengikut Seksyen 9(5)
Akta Perhimpunan Aman adalah tidak berperlembagaan.
Nik Nazmi mendakwa tindakan Abdul Gani untuk mendakwanya
sebanyak dua kali atas pertuduhan sama telah mencemarkan maruahnya dan
menggambarkannya sebagai seorang penjenayah.
– BERNAMA

PERINGATAN: Malaysian Update tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.

Loading...
loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here