Isu Palestin Menyatukan Kami, Kata Syed Saddiq

0
29

SHAH ALAM – Demi Palestin ahli politik sanggup ‘bersatu’
berjuang bersama-sama hinggakan mengetepikan kepentingan politik masing-masing.
Itulah yang berlaku sepanjang perhimpunan aman hancurkan
Israel yang berlangsung di Kuala Lumpur petang tadi.
Apa yang menariknya, dua musuh politik iaitu Ketua Umno
Bahagian Sungai Besar Datuk Jamal Md Yunos dan Ketua Pemuda Bersatu, Syed
Saddiq Abdul Rahman dilihat ‘mesra’ dalam perhimpunan tersebut.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Syed Saddiq turut memuat naik gambar mereka di Facebooknya
dengan keterangan “Sentuhan kasih”.
Ketika dihubungi, Syed Saddiq berkata, gambar itu
menunjukkan mereka sebagai pemimpin sanggup mengetepikan perbezaan politik.
“Isu kemanusiaan seperti Palestin telah menyatukan
kami,” katanya.
Dalam pada itu katanya, beliau tidak kisah sekiranya gambar
mesra beliau bersama Jamal dijadikan bahan lawak di media sosial.
“Biarlah mereka nak troll, kalau isu Palestin pun
hendak di troll jawablah di akhirat nanti,” katanya.
Syed Saddiq menjelaskan selain mereka, terdapat beberapa
pemimpin lain ketika itu iaitu antaranya Ketua Penerangan Pemuda Bersatu Ulya
Aqamah Husamudin, Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin dan Naib Ketua Pemuda
Umno Khairul Azwan Harun.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Terdahulu himpunan aman bagi membantah pengumuman Presiden
Amerika Syarikat, Donald Trump yang mengisytiharkan Baitulmaqdis sebagai ibu
negara Israel mendapat sambutan memberangsangkan dari kalangan peserta yang hadir.
Para peserta telah mula berkumpul di Menara Tabung Haji
sekitar jam 12 tengah hari bagi bersama-sama menyertai himpunan aman tersebut.

Sejurus selepas selesai solat Jumaat, para peserta mula
berkumpul dan berarak menuju ke Kedutaan Amerika Syarikat bagi menyatakan
bantahan di samping menghantar memorandum bantahan berhubung perkara itu.

Sumber: Sinar Online

PERINGATAN: Malaysian Update tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.

Loading...
loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here