Bukan Mudah Dr Mahathir Nak Jadi PM

0
27

KUALA NERUS – Anggota Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Dr
Shahidan Kassim menyifatkan laluan Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menjadi
perdana menteri sekiranya pakatan pembangkang memenangi pilihan raya umum ke-14
tidak semudah yang disangka.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata Dr Mahathir
perlu membuktikan keupayaannya dengan memenangi kerusi Dun terlebih terdahulu
sebelum bertanding sebagai Anggota Parlimen.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas
cadangan  Pakatan Harapan mahu melantik
Dr Mahathir dan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail masing-masing sebagai
perdana menteri interim dan timbalan perdana menteri sekiranya mereka memenangi
pilihan raya umum ke-14.
Shahidan ditemui pemberita selepas melawat pusat penempatan
sementara mangsa banjir di Sekolah Kebangsaan Kompleks Gong Badak di sini hari
ini.

Beliau pada masa sama menasihatkan rakyat agar tidak
terpengaruh dengan cadangan Pakatan Harapan itu dan terus menyokong Barisan
Nasional yang sentiasa mengotakan janjinya dalam membantu rakyat dengan ikhlas. 


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});



– Bernama

PERINGATAN: Malaysian Update tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here