Baitulmaqdis ‘Terpelihara’ Jika Islam Bersatu

0
28

KUALA LUMPUR – Rancangan menjadikan Baitulmaqdis sebagai ibu
negara Israel akan gagal jika dunia bersatu padu menentang tindakan Amerika
Syarikat itu, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
“Kalau dunia bersatu hati, (ia) akan membawa harapan (untuk)
menggagalkan cadangan Amerika Syarikat menjadikan Baitulmuqaddis sebagai ibu
negara Israel, “ kata Presiden Umno itu ketika melawat Laman Media bersempena
dengan Perhimpunan Agung Umno 2017 di Pusat Dagangan Dunia Putra hari ini.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Semasa menyampaikan ucapan dasar presiden pada perhimpunan
agung itu semalam, Najib berkata, Malaysia menolak sekeras-kerasnya cadangan
itu malah yakin dan percaya umat Islam tidak dapat menerima sampai bila-bila
cadangan Amerika Syarikat untuk mengiktiraf Baitulmuqaddis, iaitu satu daripada
tiga kota suci umat Islam, sebagai ibu negara Israel.
Najib berkata, bantahan itu bukan sahaja disuarakan Malaysia
malah turut ditempelak oleh negara-negara lain.
Perdana menteri berkata, ini dapat dilihat apabila pemimpin
luar seperti Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan menghubunginya sendiri untuk
berkongsi kebimbangan berhubung perkara itu.
“Beliau antara pemimpin dunia yang pertama hubungi saya. Apa
yang kami bincangkan itu, akan saya ulas dalam ucapan penggulungan dan
penangguhan saya esok kerana ada beberapa syor (antara kami) telah
dikemukakan,” katanya.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Najib berkata, Erdogan turut menjemput Malaysia ke sidang
tergempar Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) berkaitan isu global itu di Istanbul
pada 13 Disember ini dalam menunjukkan solidariti bantahan bersama-sama negara
Islam lain.
“Saya akan mendapatkan maklumat lanjut mengenai sidang itu.
Erdogan ingin Malaysia hadir. Jemputan ini membuktikan peranan Malaysia dalam
isu-isu besar ini sangat dihargai.
“Sebagai sebuah negara Islam, adalah sangat penting untuk
kita libatkan diri dalam apa juga tindakan bagi menyelamatkan Baitulmuqqadis,”
tegas beliau.
– Bernama

PERINGATAN: Malaysian Update tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.

Loading...
loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here