Tukang Masak Ambil Dadah Untuk Bertenaga Di Dapur

0
43

KOTA KINABALU: Ambil dadah supaya bertenaga ketika bertugas
di dapur.
Itu alasan seorang bekas tukang masak bagaimana dia mula
terjebak dengan dadah selepas ditahan dalam serbuan Agensi Antidadah Kebangsaan
(AADK), malam tadi.
Lelaki berusia 28 tahun itu adalah antara 30 individu yang
ditahan berkaitan dadah dalam operasi sekitar bandar raya ini bermula jam 9
malam oleh AADK Kota Kinabalu.
Selepas ditahan di kediaman keluarganya di Inanam kira-kira
jam 11 malam, bekas tukang masak itu mendakwa mula mengambil dadah sejak tahun
lalu kerana keperluan kerja dan menjadikannya lebih bertenaga.
”Pada asalnya saya mengambil dadah kerana keperluan tugas
ketika masih bekerja sebagai tukang masak restoran mengikut syif. Apabila kerja
syif malam, saya akan mengambil dadah untuk menjadikan badan lebih bertenaga.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

”Akhirnya, saya mula menjadi ketagih,” katanya yang
mengaku berhenti kerja selepas terbabit dalam kemalangan motosikal.
Sementara itu, jurucakap AADK Kota Kinabalu berkata, selain
Inanam operasi turut dijalankan di sekitar Likas membabitkan kerjasama beberapa
agensi lain.
Katanya, operasi itu dijalankan hasil maklumat orang awam
selain bertujuan membanteras kegiatan penyalahgunaan dadah.
”Dalam operasi ini, 30 orang ditahan dengan 15 daripada
mereka termasuk seorang wanita positif dadah jenis syabu atau Methamphetamine.
”Semua mereka ditahan mengikut Seksyen 3(1) Akta Penagih
Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 dan akan direman selama 14 hari di bawah
Seksyen 4 (1) (b) untuk siasatan lanjut,” katanya.
Beliau berkata, operasi seumpama ini akan diteruskan dari
semasa ke semasa bagi menangani masalah penagihan serta penyalahgunaan dadah
khususnya di bandar raya ini.

– Berita Harian

PERINGATAN: Malaysian Update tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here