Terpaksa Berhenti Sekolah Kerana Tiada Duit

0
20

KOTA BHARU: Ekoran kesempitan hidup yang terpaksa ditanggung
ibunya yang baru sahaja kehilangan suami sejak setahun lalu, seorang pelajar
Tingkatan Dua, nekad berhenti sekolah disebabkan ibunya tidak mampu menanggung
perbelanjaan seharian dan hanya mengharapkan bantuan daripada abang sulung.
Siti Aisyah Najwa Ismail, 14, dari Kampung Pondok Terusan,
Pasir Tumboh, di sini kini mengorbankan masa remajanya dengan duduk di rumah
dan menjaga ibunya yang kini semakin uzur akibat penyakit kencing manis dan
darah tinggi.
Keadaan bertambah sukar selepas bapanya, Ismail Chik, yang
sebelum ini bekerja sebagai pengawal keselamatan, meninggal dunia akibat barah
otak.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Kini, ibunya, Mek Nab Yusoff, 61 pula mempunyai masalah
penglihatan kesan daripada penyakit kencing manis yang dihidapinya itu sekali
gus turut membataskan pergerakannya.
Sebagai anak bongsu daripada 11 beradik, Siti Aisyah kini
menggalas tanggungjawab menjaga ibunya dan menemani ibunya di rumah dan
hospital untuk mendapatkan rawatan susulan.
Menurut Mek Nab, walaupun mempunyai ramai yang sudah dewasa
berusia antara 14 hingga 46 tahun, namun perbelanjaan dapur tidak cukup kerana
bukan semua anak-anaknya bekerja dan mempunyai pendapatan tetap.
“Hanya abang sulung Aisyah, iaitu Rosli, yang bekerja di
kedai perkakasan rumah yang selalu bagi makcik RM50 untuk seminggu.
“Itupun makcik belanja jimat-jimat sebab sekarang ini barang
dapur pun mahal dan kadangkala jika tak dapat masak nasi, Aisyah rela masak mi
segera bagi mengisi perut kami berdua supaya tidak kelaparan,” katanya.
Mek Nab berkata, dia pernah menasihati Aisyah supaya
meneruskan persekolahannya, namun anak bongsunya itu seperti merelakan masa
depannya dikorbankan kerana tidak sanggup melihat dia sendirian di rumah dan
risau dengan keadaannya yang semakin uzur.
“Saya hanya mengharapkan supaya pelajaran Aisyah tidak
terganggu, dan dia dapat menyambung semula persekolahannya.
“Lagipun dia yang bongsu, anak makcik yang lain semua sudah
berumah tangga serta perlu menanggung keluarga mereka dan makcik memahami
keadaan itu,” katanya.
Harapan Mek Nab hanya satu, iaitu mahu melihat Aisyah
berjaya dan dapat membela nasib keluarganya serta mampu keluar dari belenggu
kemiskinan.
“Makcik dah tua. Bila-bila masa sahaja makcik akan pergi,
namun demi masa depan Aisyah, makcik rela korban apa saja, walau tidak punyai
wang untuk beri peluang supaya dia (Aisyah) dapat bersekolah semula demi masa
depannya yang lebih baik.
“Biarpun kadang kala berat untuk makcik buat keputusan
kerana makcik tidak mempunyai kudrat yang kuat, namun demi masa depan Aisyah makcik
mahu lihat dia berjaya,” katanya.
Sementara itu, Pentadbir Mukim Dun Pasir Tumboh, Wan Azizi
Abdul Ghani dalam lawatan ke kediaman itu, merayu pihak berwajib termasuk
Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu
Kelantan (Maik) membantu keluarga ini.
“Sebagai pengerusi Panel Kesihatan Klinik Peringat, saya
turut memantau keadaan Mek Nab dan kesihatannya. Insya-ALLAH saya juga sedang
berusaha mendapatkan wang ihsan pesakit kronik melalui bantuan Jabatan
Pembangunan Persekutuan (JPP),” katanya.
– Sinar Harian

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here