Mahu Salam, Tapi Terlupa Ibu Telah ‘Pergi’ Selamanya

0
24

DI kala calon-calon lain Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2017
berdebar menghadapi peperiksaan itu, adik ini mengalami detik pilu dalam
hidupnya apabila ibunya telah ‘pergi’ buat selamanya pada hari pertama
peperiksaan itu dijalankan.
Muhammad Noh Zakaria yang bersekolah di Sekolah Menengah
Nurul Iman (SAMNI), Kampung Bukit Cerakah, Meru, Klang dimaklumkan tentang
berita pemergian ibunya oleh pengetua selepas tamat menduduki peperiksaan
kertas dua Bahasa Melayu pada petang Isnin.
“Patutlah saya tidak sedap hati selepas solat Zohor tadi
selain berasa degupan jantung tiba-tiba kencang, namun hanya menganggap ia
perasan gementar sebelum menjawab peperiksaan,” katanya dipetik daripada Harian
Metro.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Menurut bapanya, dia tidak menyangka permohonan maaf yang
dibuat ibunya, Maziah Alias merupakan petanda sebelum wanita 50 tahun itu
menghembuskan nafasnya yang terakhir.
Namun, apa yang lagi menyedihkan ialah Noh terlupa yang
ibunya telah pergi. Remaja 17 tahun itu ingin melakukan rutin hariannya, namun
tidak kesampaian.
“Pagi tadi (semalam), saya mahu bersalaman dengan ibu namun
terlupa yang dia ‘pergi’ buat selama-selamanya.
“Rutin harian ibu menyediakan sarapan setiap pagi untuk saya
sebelum ke sekolah. Namun baru sehari ketiadaannya saya sudah rindu,” katanya.
Maziah yang juga Guru Besar Sekolah Agama Kota Damansara 5
itu menghembuskan nafasnya yang terakhir sekitar jam 12 tengah hari Isnin di
bilik rawatan sekolah tersebut.
Ibu kepada enam orang anak itu meninggal dunia dipercayai
akibat serangan jantung.
Dalam pada itu, Noh mengakui dugaan yang dilaluinya kini
berat dan perlu membiasakan diri walaupun hampir berputus asa dengan
peperiksaan yang dihadapinya kini.
“Selepas selesai pengebumian, saya hampir berputus asa dan
sukar menerima hakikat apatah lagi saya tahu dia memang tiada penyakit sebelum
ini.
“Namun keluarga, rakan dan guru memberi semangat selain
memegang amanat arwah yang sentiasa berpesan supaya menjadi insan berjaya,”
luahnya.
Anak keempat daripada enam beradik ini turut memanjatkan doa
kepada Ilahi agar ditenangkan hatinya sewaktu menjawab peperiksaan kertas
Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab Selasa lalu.
“Alhamdulillah, saya dapat menjawab peperiksaan sebaik
mungkin,” katanya.

Semoga Noh dan keluarganya tabah menghadapi dugaan ini dan
selamat maju jaya buatnya dalam menempuh peperiksaan SPM tahun ini. 

– Mynewshub

PERINGATAN: Malaysian Update tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.

Loading...
loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here