Kereta Mandi Air Yasin Untuk Elak Kemalangan, Dicuri Khurafat

0
33

SEREMBAN – “Boleh menimbulkan fitnah dan tohmah kepada orang
lain. Maka (perbuatan sebegitu) perlu ditegah dan tidak boleh dijadikan
ikutan,” tegas Mufti Negeri Sembilan, Datuk Mohd Yusof Ahmad.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan
segelintir individu beragama Islam yang dipercayai memandikan kenderaan baharu
mereka menggunakan air daripada solat hajat dan bacaan Surah Yasin.
Berdasarkan perkongsian beberapa individu menerusi laman
media sosial Facebook, difahamkan langkah tersebut diambil untuk mengelakkan
kenderaan mereka ditimpa perkara tidak diingini misalnya kemalangan atau
kecurian.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Sinar Harian mendapati, amalan dikongsi melalui ruangan
komen  sebagai respons terhadap berita
kemalangan melibatkan kenderaan milik seorang pelakon terkemuka tanah air,
baru-baru ini.

“Solat hajat dan membaca Surah Yasin memang perbuatan yang
elok. Tapi apabila airnya sampai dibuat mandi kenderaan, haiwan dan sebagainya,
itu tidak patut dan sama sekali menyeleweng.
“Senang kata, amalan itu baik pada asalnya. Tapi kemudian
(bertukar) jadi buruk hingga membawa tanggapan serong dalam kalangan masyarakat
disebabkan perbuatan sebegini,” katanya di sini, semalam.
Menurut Mohd Yusof, tindakan mereka menguar-uarkan perbuatan
tersebut kepada orang ramai juga secara tidak langsung menggambarkan
seolah-olah wujud cubaan menyebarkan fahaman sedemikian. 
“Kalau sampai bercerita pada orang lain, itu lagi tidak
betul dan (boleh dianggap) khurafat. Nanti jangan ada pula yang hendak (pergi)
merompak dan berjudi, tapi solat hajat terlebih dulu.
“Dalam hal ini, kita boleh ambil contoh apabila seseorang
bermimpi jumpa Nabi Muhammad SAW. Rasulullah SAW sendiri bersabda bahawa
sesiapa yang bermimpi melihatnya, itu memang sahih kerana syaitan tidak dapat
menyerupai dirinya.
“Tapi apabila individu yang mendapat mimpi itu asyik
mencanangkannya ke sana sini, tetap tidak dapat lari daripada timbul fitnah
walaupun perkara itu benar belaka,” katanya.
Justeru, beliau menasihatkan individu terbabit supaya
merujuk kepada golongan ulama, sebelum mempraktikkan sesuatu amalan yang tidak
dapat dipastikan kesahihannya.
“Patutnya mereka dapatkan pandangan daripada orang yang
betul-betul faham berkaitan agama terlebih dulu. Ketahui hukumnya, sebelum
buat,” katanya.



– Sinar Online

PERINGATAN: Malaysian Update tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.

Loading...
loading...

Sumbang seikhlas hati anda tanda sokongan kepada Berita Fakta dan Komprehensif kami. Bermula dengan hanya RM1, Sokong berita kami.Terima Kasih Rakyat Malaysia.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here