Doktor HSNZ Ditemukan Mati Dalam Bilik Sewa Disyaki Keracunan Makanan

0
32



KUALA TERENGGANU 1 Nov. – Seorang doktor Hospital Sultanah
Nur Zahirah (HSNZ) ditemukan mati dalam bilik sewanya di Kampung Nyiur Sepohon,
Kuala Ibai di sini malam semalam.


Mayat Mohd. Muaz Mohd. Sabri, 29, ditemukan dalam keadaan
terbaring di atas katil selepas pintu bilik rumah itu berjaya dibuka oleh  anak pemilik kediaman berkenaan, Hakim Mat
Lazim kira-kira pukul 10.40 malam.

Menurut Hakim, dia difahamkan Mohd Muaz mengalami keracunan
makanan sejak beberapa hari lalu selepas makan makanan yang dibeli di sebuah
pasar malam di Kuala Ibai, lapor Utusan Online.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Katanya, tunang mangsa yang juga seorang doktor di hospital
sama turut mengalami keracunan tersebut dan telah ditahan di wad selama
beberapa hari untuk rawatan bagaimanapun, arwah enggan ke hospital sebaliknya
mahu berehat sahaja di bilik sewanya.
Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Idris Abd. Rafar
ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut.
Katanya, pihak polis 
masih menunggu laporan bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai
mati mengejut.

PERINGATAN: Malaysian Update tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here