‘Bersatu Langgar Perlembagaan Sendiri Macam Umno’

0
34



PUTRAJAYA – Parti Bersatu didapati melanggar perlembagaan
yang dibuatnya sendiri, kata Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan
(ROS), Surayati Ibrahim.

Beliau berkata, perkara itu disahkan melalui kandungan
perlembagaan Bersatu di mana istilah ‘Armada’ tidak wujud dan yang ada hanya
Pemuda.
“Perkara ini hanya diketahui selepas menerima aduan
daripada ahli Exco ‘Armada’ yang dipecat oleh Syed Saddiq Abdul Rahman dengan
mengemukakan aduan beserta laporan polis.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Setelah menyemak kandungan parti, adalah menjadi
kesalahan serius di mana ia boleh membawa kepada tindakan pucuk pimpinan parti
termasuk pembatalan parti.

“Tidak hanya itu, malah dalam perlembagaan mereka juga
akan mengadakan Perhimpunan Agung dalam masa setahun penubuhan, namun ia belum
dipatuhi” katanya kepada pemberita pada sidang media di sini, hari ini.
Surayati berkata, seharusnya pucuk pimpinan dan parti itu
sendiri tahu mengenai perkara itu.
“Fasal 28 mengenai pindaan ke atas Bersatu perlu
dipersetujui tidak kurang dua per tiga perwakilan yang hadir dslam perhimpunan
agung khas.
“Ini pernah terjadi pada Umno pada tahun 1988 apabila
parti itu diharamkan kerana melanggar perlembagaan parti Akta Pertubuhan,”
katanya.
Beliau berkata, sehingga kini, tiada sebarang mesyuarat
agung tahunan (EGM) yang dilapor kepada ROS.
“Kenyataan media Setiausaha Agung Bersatu mengenai
mesyuarat itu sudah dilakukan pada 2 November 2016, hakikatnya itu Majilis
Pimpinan Tertinggi, bukan EGM.
“Kami meneliti ‘minit mesyuarat agung khas Bersatu
2016’ dan mendapati hanya 12 ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti yang
hadir,” katanya.
Menurutnya, tiada EGM juga merupakan kesalahan serius
dilakukan Bersatu.
“Ia melanggar perlembagaan parti sendiri dan boleh
menyebabkan pembatalan parti itu sendiri. Kami berharap, perkara ini difahami
tentang kepimpinan sesebuah pertubuhan,” katanya.
Dalam pada itu, Surayati berkata, beliau tidak teragak-agak
untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang
memanipulasi isu tersebut dan menyerang ROS.

“Sebelum buat tohmahan, baca dulu perlembagaan rasmi
Bersatu yang didaftarkan dengan ROS,” katanya.

PERINGATAN: Malaysian Update tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here