Umno Tidak Restu Tindakan Jamal – Ahmad Zahid

0
25

KUALA LUMPUR- Perbuatan Ketua Umno Sungai Besar Datuk Seri
Jamal Md Yunos memecahkan botol minuman keras di depan Bangunan Setiausaha
Kerajaan Negeri (SUK) Selangor semalam tidak direstui parti, kata Naib Presiden
UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
“Kami tidak sokong perbuatannya. Beliau juga pengerusi
sebuah NGO (badan bukan kerajaan). Ya, beliau seorang daripada ketua bahagian
kami. Satu daripada 191 (bahagian), lagi 190 tidak pecahkan apa-apa,” kata
Ahmad Zahid yang menjalankan tugas-tugas Timbalan Presiden Umno.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata
demikian ketika diminta mengulas tindakan Pengerusi Gabungan Gerakan Merah
Malaysia tersebut pada sidang media 
selepas merasmikan Mesyuarat Menteri-Menteri Asean mengenai Pembangunan
Luar Bandar dan Pembasmian Kemiskinan ke-10, di sini hari ini.
Media melaporkan Jamal dan tujuh lagi lelaki ditahan kira-kira
1.45 pagi tadi di sekitar Sekinchan, Sabak Bernam, Selangor, susulan
tindakannya memecahkan botol arak semalam.
Dalam kejadian kira-kira 10 pagi semalam, Jamal dan anggota
gabungan itu membawa 10 kotak berisi kira-kira 100 botol minuman keras ke
bangunan SUK, sebagai simbolik bantahan terhadap penganjuran sebarang pesta
arak di negeri berkenaan.
Jamal kemudian bertindak memecahkan kesemua botol minuman
keras itu di depan pintu masuk utama bangunan tersebut.
Tindakan itu dibuat susulan kenyataan Menteri Besar Selangor
Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang dilaporkan berkata penganjuran pesta makanan
dan minuman Jerman termasuk arak yang dijadual berlangsung di sebuah pasar raya
di Klang minggu depan boleh dibenarkan asalkan telah menepati syarat dan
peraturan yang ditetapkan oleh polis serta Majlis Perbandaran Klang.- Bernama

PERINGATAN: Malaysian Update tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.

Loading...
loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here