Syed Saddiq Lapor Polis Hari Ini Kes ‘Dedak’ RM5 Juta

0
16
Ketua Armada PPBM, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman – Foto: Malay Mail Online

PUTRAJAYA – Ketua Armada, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman
dijangka membuat laporan polis hari ini berhubung pendedahan yang dibuat,
kelmarin.
Laporan polis itu juga dibuat selepas dirinya dan seluruh
ahli keluarga turut diugut rangkaian dedak tersebut.
“Saya tidak boleh menerima apabila rangkaian ini turut
mengugut keluarga saya. Kalau saya seorang, it’s ok. Tetapi kenapa libatkan
ibu, ayah dan abang saya,” katanya.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Laporan polis itu dijangka bakal dibuat di Subang Jaya, pada
masa yang akan diberitahu kelak.
Pada masa sama, sekiranya, pendedahan tersebut ada kaitan
dengan penyelewengan atau rasuah, beliau turut akan melaporkannya kepada
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam masa terdekat.
“Saya juga akan pulang ke Johor, mungkin esok (hari ini),”
katanya.
“Hari ini (semalam) setiap setengah jam saya akan hubungi
keluarga saya untuk mengetahui perkembangan mereka, bimbang mereka terus diugut
pihak berkenaan,” katanya.
Dakwa Syed Saddiq, sepanjang berhubung dengan pihak ketiga
ini, tiada sebarang nombor perhubungan tertera.

“Jika mereka mesej yang tertera adalah ‘no caller id’. Kalau
mereka tidak dapat hubungi saya, mereka akan cari keluarga saya,” katanya. – Sinar Harian

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here