‘Saya Bayar Awak Malam Ini, Boleh?’ – Pemandu Uber Kantoi Buat Tawaran Seks Kepada Penumpang

0
30
Pemandu Uber cuba ambil kesempatan ‘makan luar’ sementara si isteri menunggu kepulangannya di rumah – Gambar Hiasan.

Perbuatan tidak
bertanggungjawab seorang pemandu Uber yang cuba melakukan tawaran seks kepada penumpangnya telah mencemarkan imej pemandu dan perkhidmatan Uber secara keseluruhannya.

Pemandu yang telah diamanahkan untuk menghantar penumpang dengan selamat ke
destinasi telah cuba untuk mengambil kesempatan ke atas penumpangnya. Namun dengan kepantasan dan kebijaksanaan wanita ini telah berjaya menyelamatkan dirinya daripada menjadi mangsa pemandu uber tersebut.
Semoga anda semua
berhati-hati dan sentiasa berjaga-jaga jika menggunakan 
perkhidmatan Uber, Grab, Teksi. Segera hubungi pihak berkuasa jika anda berasa tidak selamat sebelum berlakunya kejadian yang tidak diingini. Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua, sebarkan.
ASSALAMUALAIKUM. Nak mohon viralkan isu baru-baru ini demi
keselamatan adik, kakak, mak, makcik dan semua perempuan di luar sana.
Beberapa hari lepas terjadi dekat kawan baik saya sendiri
(panggil dia S), dia dari Sarawak dan non-muslim. Selepas dikenakan gangguan
seksual dari Uber driver, memandu kereta Perodua Bezza berwarna merah.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Dia keseorangan pada waktu itu dan baru nak pulang dari
pusat beli belah Subang. Kejadian berlaku sekitar waktu tengah malam. Ini
dialog perbualan dalam kereta sewaktu mereka dalam perjalanan yang saya masih ingat.
Pada awal perbualan itu masih normal bagi Uber driver nak buka topik berbuat
dengan penumpang.
Driver: “Umur berapa? camna nak sebut nama awak.”
S: “24 tahun.” (sambil memperbetulkan sebutan
nama)
Selepas beberapa minit perjalanan, Uber driver ini macam
saja-saja salah masuk jalan agar perjalanan mereka lebih lama. Sehinggalah
driver ini mula tanya soalan bukan-bukan.
Driver: “Awak dah makan ke? Kalau lapar, saya bawa awak
makan sekarang.”
S: “Tak apa, tak payah, saya nak balik.”
Driver: “Awak duduk dengan siapa. Saya ikut awak balik
boleh tak?”
S: “Tak payah. Saya tinggal dengan family. Abang saya
tengah tunggu saya sekarang. (S saja mereka cerita sebab mahu menjaga maklumat
peribadi)
Bila sudah hampir sampai ke destinasi, S sengaja menyuruh
driver drop-off jauh sikit dari apartment tempat tinggalnya kerana dia tidak
mahu lelaki itu tahu di mana tempat tinggalnya. Alhamdulillah selamat sampai,
itu yang paling penting.
Selepas S keluar dari kereta dan dia jalan balik ke
apartment, mujurlah ada beberapa pengawal keselamatan menjaga kawasan di situ.
S menerima empat panggilan tidak dijawab dari Uber driver berkenaan dan ada
satu mesej darinya yang mengatakan;
“Saya bayar awak malam ini, boleh?”

Dalam erti kata lain, Uber driver itu mahu membayar S untuk
‘tidur’ dengannya.

Apa lagi, S balas mesej driver itu bersertakan dengan
amaran. S segera membuat aduan terhadap Uber dan laporan polis agar lelaki itu
ditahan dan diharamkan dari memandu atau menjadi pemandu Uber di masa akan
datang.
Pada mulanya, nombor telefon S disekat oleh lelaki itu,
sebab itu mesej tidak dapat dihantar kepadanya. Keesokan harinya, S menerima
satu lagi mesej dari lelaki terbabit yang merayu dan meminta maaf. Tetapi nasi
sudah menjadi bubur kerana aduan/laporan sudahpun dibuat dan difahamkan lelaki
itu sudah berjaya ditahan.


Terima kasih kepada pihak berkuasa di atas kerjasama dan
tindakan yang sangat cepat. Perlu diingatkan, mungkin S bukan mangsa pertama
driver ini dan mungkin ada ramai lagi perempuan di luar sana yang sudah menjadi
mangsanya. Mungkin mereka hanya mampu terdiam dan terpaku dari mengambil
sebarang tindakan terhadap lelaki itu.
Tolong pesan pada rakan-rakan perempuan anda semua tak
kiralah adik, kakak, kawan atau teman wanita, jangan biarkan mereka naik
Uber/Grab/Teksi seorang diri terutamanya pada waktu tengah malam.
Ini pesanan saya untuk drivers di luar sana. Drivers, you
have one job, drive your passengers safely to their destination. Kalau nak cari
jodoh, dating apps bersepah.
Pesan juga kepada kawan-kawan yang drive Uber/Grab/Taxi,
tolong jangan buat onar, jangan menggatal, jangan nak mengorat. Be a
professional driver, be a gentleman. Walaupun driver diam saja pun tetap akan
dapat 5 stars, asalkan penumpang rasa selesa dalam perjalanan. Jangan sangka
perempuan tak berani melawan. Sekian, terima kasih.
EDIT 1:
Pesanan ringkas untuk perempuan kalau ada situasi terpaksa
naik Uber seorang diri, kalau boleh duduk di tempat duduk belakang. Kalau
driver mencurigakan, pastikan telefon bimbit itu on atau hubungi rakan dan beri
informasi mengenai kereta dan drivernya. Jangan provok driver, kerana tindakan
itu boleh mengeruhkan lagi keadaan. Jangan panik dan cuba bertenang.
EDIT 2:
Sebelum ada yang menyalahkan mangsa berpakaian seksi atau
freehair, peringatan sekali lagi kepada anda semua. S adalah non-muslim dan
bagi lelaki sangap di luar sana, mereka dianggap ‘easy target’. Disebabkan
sikap dan mentaliti gemar menyalahkan perempuan inilah lelaki sanggap di luar
sana berkeliaran. Kes mangsa rogol pun ada melibatkan mangsa berhijab dan
berpakaian menutup aurat ya. Jadi tolong terapkan ini, apa yang kita kata itu
mencerminkan diri kita yang sebenar. Buat tabiat gemar menyalahkan mangsa,
buang mentaliti seksis.
EDIT 3:
Di atas permintaan isteri kepada driver ini  yang saya terima melalui messenger, merayu
agar gambar suaminya dibuang, maka gambar itu saya sudah buang. Anggap ini
sebagai pengajaran buat masing-masing. Saya buang sebab saya kasihankan si
isteri, bukan terhadap si suami. Semoga driver terbabit mendapat hidayah. Allah
itu Maha Adil dan Maha Pengampun. Moga kami semua terpelihara di bawah-Nya. – Malaysian Update

PERINGATAN: Malaysian Update tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.

Loading...
loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here