Permohonan Anwar Hadir Prosiding Rayuan Ditolak

0
17

PUTRAJAYA – Mahkamah Persekutuan hari ini menolak permohonan
bekas ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sedang menjalani hukuman
penjara untuk hadir pada prosiding pendengaran permohonannya bagi kebenaran
untuk merayu berhubung hak mengundi pada pilihan raya kecil kerusi Parlimen
Permatang Pauh pada Mei 2015.
Panel tiga hakim dipengerusikan Presiden Mahkamah Rayuan Tan
Sri Zulkefli Ahmad Makinudin semasa menolak permohonan Anwar itu, memutuskan
tiada keterangan pada ketika ini yang menunjukkan kehadirannya diperlukan dalam
permohonannya bagi kebenaran untuk merayu.
“Kami mendapati pemohon ialah seorang banduan dan tertakluk
kepada Seksyen 30 (1) Akta Penjara 1995,” katanya dan menurutnya tiada
keperluan untuk mahkamah melaksanakan budi bicaranya untuk membenarkan Anwar
hadir pada pendengaran itu.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Seksyen 30 (1) menetapkan apabila kehadiran seorang banduan
diperlukan di mahkamah mengikut kuasa sivil atau jenayah, mahkamah mungkin
mengeluarkan perintah dalam bentuk tulisan dialamatkan kepada pegawai bertugas
yang memerlukan kehadiran banduan di tempat dan masa yang ditetapkan dalam perintah.
Dua lagi hakim yang bersidang dalam panel itu ialah Hakim
Mahkamah Persekutuan Tan Sri Hasan Lah dan Tan Sri Jeffrey Tan Kok Wha.
Anwar, 69, sedang menjalani hukuman penjara lima tahun di
Penjara Sungai Buloh bagi kesalahan meliwat, memohon untuk menghadiri
pendengaran permohonannya bagi kebenaran untuk merayu di Mahkamah Persekutuan
yang ditetapkan pada 15 Dis.
Peguam mewakili Anwar, Datuk Seri Gopal Sri Ram berhujah
anak guamnya itu mempunyai hak di sisi perlembagaan untuk hadir pada mana-mana
prosiding litigasi yang dirinya adalah pihak.
Beliau berkata Anwar mengekalkan hak sivil litigasinya
walaupun beliau berada dalam penjara dan patut diberikan akses untuk memberi
arahan kepada peguam belanya semasa perkara itu didengar.
Peguam Kanan Persekutuan Datuk Amarjeet Singh berkata hak
Anwar untuk hadir di mahkamah bergantung kepada budi bicara mahkamah untuk
memutuskan sama ada kehadiran banduan diperlukan di mahkamah.
Beliau berkata dalam kes ini, permohonan Anwar bagi kebenaran
untuk merayu akan didengar sepenuhnya berdasarkan dokumen yang tidak memerlukan
kehadirannya.
Beliau berkata permohonan itu memerlukan perintah untuk
hadir (OTP) dikeluarkan untuk membolehkan Anwar untuk menghadiri pendengaran
permohonan bagi kebenaran untuk merayu dan keputusan pendaftar mahkamah
menolaknya adalah betul.
Pada 13 Jun tahun ini, Anwar kalah dalam rayuannya di
Mahkamah Rayuan yang mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi menolak
permohonannya bagi pengisytiharan bahawa beliau berhak mengundi dalam pilihan
raya kecil Parlimen Permatang Pauh pada 7 Mei 2015.
Pada 15 Julai tahun lepas, Mahkamah Tinggi memutuskan
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak mempunyai bidang kuasa untuk membawa Anwar
ke pusat pengundian untuk mengundi dalam mana-mana pilihan raya.
Ia memutuskan seorang banduan yang telah berdaftar sebagai
pemilih sebelum disabitkan mempunyai hak untuk mengundi tetapi SPR tidak
mempunyai bidang kuasa untuk membawanya ke pusat pengundian untuk mengundi
dalam mana-mana pilihan raya.
Mahkamah Tinggi memutuskan banduan terbabit perlu memohon
kepada ketua pengarah Jabatan Penjara untuk mengambil langkah perlu bagi
membenarkan seseorang banduan mengundi. – BERNAMA

PERINGATAN: Malaysian Update tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here