Malaysia Airlines, PLUS Dan IPP Antara Masalah Ciptaan Mahathir Sendiri

0
23

Kerajaan kini menanggung pelbagai beban untuk memperbetulkan
masalah ciptaan Tun Dr Mahathir Mohamad sewaktu menggalas tugas sebagai Perdana
Menteri selama 22 tahun.
Sepertimana kerajaan mengambil alih syarikat Lebuhraya Utara
Selatan (PLUS) bagi memastikan kenaikan harga tol mendadak oleh pemilik swasta
dan kontrak berat sebelah Penjana kuasa bebas (IPP), kerajaan juga kini
berusaha untuk memulihkan masalah dihadapi Malaysia Airlines (MAS) dicetuskan
oleh Dr Mahathir sendiri.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Sepertimana yang dinyatakan Ketua Pegawai Eksekutif
MAS Peter Bellew, masalah MAS bermula sejak 1994 lagi dibawah Dr Mahathir
apabila beliau menswastakan MAS,” ujar Ahli Parlimen Johor Bahru, Tan Sri
Shahrir Abdul Samad.
Memetik laporan The Star, Shahrir menjelaskan bahawa Bellew
sudah berkali-kali membidas dakwaan Dr Mahthir terhadap MAS, termasuk dakwaan
perletakan jawatannya sebagai CEO MAS berkuatkuasa 1 Disember ini disebabkan
campurtangan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Asas kepada dakwaan Dr Mahathir berikutan kenyataan Najib
mengumumkan MAS akan membeli 25 pesawat Boeing 737 MAX 10, dan lapan Boing 787
Dreamliners ketika pertemuannya bersama Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump
di White House, September lepas.
Dr Mahathir mendakwa, Najib membuat pembelian berkenaan
tanpa persetujuan Bellew dan MAS juga tidak mempunyai dana untuk membeli 33
pesawat berkenaan.
Jelas Shahrir, perkara-perkara disebut Dr Mahathir ini juga
disangkal oleh Bellew.
Bellew sebelum ini menjelaskan bahawa pembelian pesawat
berkenaan menerusi sistem pajakan dan bukannya secara tunai sebagai kaedah
membersihkan akaun syarikat daripada liabiliti pembelian pesawat berkenaan.
Berhubung perletakan jawatannya dari MAS pula, Bellew
berkata beliau hanya mahu pulang ke kampung halamannya bersama keluarga dan
teman dimana beliau kini dipisahkan dengan perjalanan penerbangan 15 jam.
“Saya cuma nak balik kampung untuk bersama orang yang
saya sayang ….its simple,” kata Bellew.
Justeru itu, Shahrir menyeru agar syarikat MAS diberi
peluang untuk kembali pulih menjadi kebanggaan negara, sepertimana kerajaan
memulihkan MAS dan kontrak IPP negara.

PERINGATAN: Malaysian Update tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.

Loading...
loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here