Kantoi Curi Motor Lelaki Kena Belasah Dan Bogel

0
36

LUNDU: Tidak cukup dibelasah, seorang lelaki warga Indonesia
turut dibogelkan penduduk kampung, sejurus ditangkap ketika melarikan sebuah
motosikal di Kampung Stunggang dekat sini, pagi tadi.
Dalam kejadian jam 8 pagi itu, kehadiran suspek bersama
seorang lagi rakan senegaranya yang dalam keadaan mencurigakan, disedari
penduduk kampung yang kemudian memantau pergerakan mereka.
Difahamkan, sejurus dua lelaki itu melarikan sebuah
motosikal, penduduk kampung mengejar sebelum dapat menahan seorang daripada
mereka, seterusnya membelasah dan membogelkan suspek sebagai pengajaran.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Panik melihat kejadian itu, rakannya melarikan diri
bersembunyi di kawasan berlumpur, tetapi berjaya ditahan polis yang tiba di
lokasi kejadian sejurus dihubungi penduduk kampung.
Ketua Polis Daerah Lundu, Deputi Superintendan Wong Chee
Kiong ketika mengesahkan kejadian, berkata tindakan pantas penduduk kampung
berjaya menahan suspek sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.
“Suspek yang cedera di muka, badan dan kaki akibat
bergelut dengan penduduk kampung, dihantar ke Hospital Lundu untuk rawatan
sebelum ditahan untuk siasatan lanjut.
“Seorang lagi suspek ditangkap ketika bersembunyi dalam
kawasan berlumpur tidak jauh dari kampung berkenaan. Motosikal digunakan mereka
turut disita,” katanya ketika dihubungi BH Online.

Chee Kiong berkata, dua suspek berusia 26 dan 27 tahun itu
kini ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan atas
kesalahan mencuri kenderaan yang sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga tujuh
tahun dan denda.



PERINGATAN: Malaysian Update tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.

Loading...
loading...

Sumbang seikhlas hati anda tanda sokongan kepada Berita Fakta dan Komprehensif kami. Bermula dengan hanya RM1, Sokong berita kami.Terima Kasih Rakyat Malaysia.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here