Jabatan Agama Serbu ‘Hauzah Syiah’, Tahan 21 pengikut Sambut Hari Asyura

0
26
21 lelaki ditahan Penguat kuasa JAINJ dengan kerjasama polis kerana mengadakan majlis berkaitan ajaran Syiah. — Foto ihsan
Facebook/Sini Laken

ULU TIRAM, 1 Okt — Seramai 21 lelaki ditahan Jabatan Agama
Islam Negeri Johor (JAINJ) malam tadi kerana disyaki mengadakan majlis
berkaitan ajaran Syiah.
Mereka berumur 21 hingga 67 tahun, ditangkap dalam serbuan
penguatkuasa jabatan itu di sebuah rumah yang dipanggil Hauzah Syiah di sini,
jam 10.05 malam, lapor Harian Metro.
Pengarah JAINJ 
berkata kumpulan berkenaan termasuk tiga lelaki warga asing disiasat
mengikut Seksyen 9 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah 1997.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Mereka ditahan dan dibawa ke pejabat Bahagian
Penguatkuasaan JAINJ untuk disoal siasat,” kata Amran A Rahman.
Mereka dipercayai menyambut Hari Asyura yang disambut
penganut Syiah hari ini bagi mengingati pembunuhan Saidina Hussein di Karbala.
Amran berkata kumpulan itu ditahan hasil risikan kerana
mengingkari pihak berkuasa agama yang dinyatakan melalui fatwa.

PERINGATAN: Malaysian Update tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.

Loading...
loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here