Terbabit Skandal Pinjaman Haram, Bekas Pegawai Bank Dihukum Mati

0
32



HANOI – Seorang bekas pegawai bank dihukum mati semalam
kerana terbabit dalam skandal penipuan besar-besaran di Vietnam membabitkan
pinjaman haram bernilai jutaan dolar.

Rakan subahatnya turut menerima hukuman penjara seumur hidup
dalam perbicaraan yang mengambil masa beberapa bulan dan membabitkan 51 pegawai
bank serta ahli perniagaan.
Mereka merupakan sebahagian daripada gerakan antirasuah yang
menurut pengkritik turut mengheret musuh politik ramai pemimpin parti komunis
Vietnam sendiri.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Bekas ketua pengarah Ocean Bank, Nguyen Xuan Son, yang
kemudian menjadi pengerusi syarikat minyak paling berpengaruh di negara itu,
PetroVietnam, dihukum mati.
Ia berhubung pembabitannya dalam penyelewengan,
penyalahgunaan kuasa dan salah urus ekonomi. Bekas pengerusi bank berkenaan, Ha
Van Tham turut dipenjara seumur hidup atas tuduhan sama.
Beliau yang pernah menjadi antara individu terkaya di
Vietnam juga didapati melanggar peraturan pemberian pinjaman. Dia didapati
bersalah meluluskan pinjaman haram AS$23 juta (RM97.1 juta) pada 2012.
Turut disebut dalam keputusan itu pengambilalihan saham
PetroVietnam berjumlah AS$35 juta (RM150 juta) dalam bank terbabit. Namun, ia
dilupuskan apabila bank pusat membeli Ocean Bank dengan harga AS$0 pada 2015.
Kedua-duanya meninggalkan mahkamah dengan wajah yang tidak
menunjukkan sebarang perasaan selepas keputusan sabitan dibacakan hakim.
“Apa yang dilakukan Tham dan Son sangat serius. Tindakan
mereka melanggar pengurusan aset negara dan menyebabkan ketidakadilan terhadap
orang awam, memerlukan hukuman tegas,” kata hakim Truong Viet Toan. –
AFP/myMetro Online


PERINGATAN: Malaysian Update tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.

Loading...
loading...

Sumbang seikhlas hati anda tanda sokongan kepada Berita Fakta dan Komprehensif kami. Bermula dengan hanya RM1, Sokong berita kami.Terima Kasih Rakyat Malaysia.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here