“SEBELUM PAS, TIADA PUN PERPECAHAN” – TUN M

0
37
Foto: The Malay Mail Online



SHAH ALAM – Kedegilan Pas untuk bersama-sama dengan Pakatan
Harapan dalam menakluki Putrajaya pada PRU14 kelak dilihat menjadi punca umat
Islam berpecah.

Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata,
Pas tidak mendatangkan apa-apa pada negara selain daripada memecah-belahkan
orang Melayu Islam.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Sebagai parti politik yang bersandarkan Islam, Pas
dilihat kini bertentangan dengan ajaran Islam apabila mereka berjaya memecahkan
orang Melayu Islam kepada dua entiti.
“Sepatutnya, kita semua (sebagai Islam) adalah sama,
mengamalkan ajaran yang sama, mazhab Syafie. Kenapa kena ada dua entiti atas
nama Islam yang berbeza?
“Sebelum Pas , tiada pun perpecahan,” katanya
dalam satu Bual Bicara bersama sebuah portal berita, hari ini.

Terdahulu, Pas kekal dengan pendirian untuk tidak bersama
Pakatan Harapan dalam PRU14 ini atas sebab DAP dan Amanah.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});


Tambah Mahathir lagi, beliau melihat sekarang ini pengikut
lebih banyak bersandarkan pemimpin daripada ajaran Islam itu sendiri.
“Berdasarkan sejarah, orang lebih mudah mengikut
pemimpin Islam daripada memahami ajaran Islam yang sebenar-benarnya.
“Ajaran Islam mengajar umatnya berbuat baik dan
menyatukan umatnya namun atas sebab peribadi pemimpin, ia berubah menjadi
sebaliknya hingga bebalah sesama agama,” katanya. – Sinar Harian

PERINGATAN: Malaysian Update tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here