Najib Tempelak Pembangkang Tuduh Jual Kedaulatan Kerana Hubungan Erat Dengan China

0
23
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berucap semasa
‘Banyan Tree Leadership Forum’ di Pusat Pengajian Strategik dan Antarabangsa
(CSIS). – Foto Bernama

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak
hari ini menyelar pihak pembangkang yang menuduhnya menjual kedaulatan negara
hanya kerana menjalin hubungan yang erat dengan China.
Beliau mempersoalkan ketika Dasar Pandang ke Timur
diperkenalkan pada tahun 80-an oleh perdana menteri pada ketika itu, tidak ada
pihak membangkitkan soal kedaulatan negara terjual kepada Jepun dan Korea.
“Mengapa apabila saya menjalinkan hubungan dengan China,
dituduh saya menjual kedaulatan negara kepada China?. katanya pada Perhimpunan
Patriotik Masyarakat Cina anjuran MCA di sini.
Katanya persahabatan yang terjalin dengan China telah
berjaya membawa masuk perlaburan tinggi yang menguntungkan negara.
Tegas perdana menteri, walaupun Malaysia menjalin
persahabatan dengan semua negara di dunia, ia tidak akan sama sekali mengadaikan
kedaulatan negara.
“Kita perlu mesra dengan semua negara tetapi berpegang
kepada prinsip kita…kedaulatan negara tidak boleh ditolak-ansur,” katanya.
Malah, Najib berkata, hubungan dua hala yang terjalin dengan
negara lain juga membawa kebaikan untuk negara.
Menyingkap pertemuannya dengan Presiden, Donald Trump di
White House, awal minggu ini, katanya, beliau telah menerima sambutan luar
biasa daripada Presiden Amerika Syarikat itu.

Beliau berkata Malaysia mempunyai hubungan baik dengan
pemimpin daripada tiga kuasa besar dunia iaitu Presiden China, Xi Jinping, Raja
Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al Saud dan juga Trump. – Bernama

PERINGATAN: Malaysian Update tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here