Dr M: Nor Mohamed Yakcop ‘Penyelamat’ Negara Semasa Krisis Ekonomi 1998

0
17
Tan Sri Nor Mohamed Yakcop – Foto: New Straits Times



PUTRAJAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad memuji tindakan yang
dilakukan bekas menteri kewangan Tan Sri Nor Mohamed Yakcop yang disifat
sebagai ‘penyelamat’ kepada ekonomi negara daripada mengalami kerugian ratusan
bilion ringgit.

Jelas bekas perdana menteri itu, pelantikan Nor Mohamed
sebagai anggota jawatankuasa kecil dalam menangani isu berkenaan tepat pada
masanya selepas mereka mengadakan pertemuan di Buenos Aires, Argentina antara
lewat 1997 dan awal 1998.
Katanya, beliau memerlukan pakar-pakar dalam bidang kewangan
bagi membantu kerajaan menangani masalah krisis ekonomi 1998.
“Saya ingin mengesahkan bahawa apabila krisis ekonomi
itu bermula, saya memerlukan pakar-pakar dalam bidang kewangan dan urusan mata
wang bagi tujuan membantu kerajaan menangani masalah itu.
“Saya teringat bahawa pada satu hari, lewat 1997
ataupun awal 1998, saya pernah ternampak Nor Mohamed di jalan raya semasa saya
berada di dalam kereta.
“Beberapa minggu selepas daripada itu, semasa saya
berada di Buenos Aires, Argentina, saya teringat bahawa Nor Mohamed
berpengalaman dalam bidang urus niaga mata wang, dan kepakaran ini diperlukan
oleh saya untuk menangani masalah kejatuhan mata wang ringgit pada ketika itu.
“Saya terus mengarahkan untuk beliau datang ke Buenos
Aires untuk berjumpa dengan saya untuk memberi maklumat berkenaan urus niaga
mata wang.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Kemudian daripada itu, saya melantik Nor Mohamed pada
tahun 1998 sebagai anggota dalam satu jawatankuasa kecil yang bermesyuarat pada
setiap pagi untuk menangani krisis ekonomi pada ketika itu.

“Nor Mohamed kemudiannya telah membantu dalam
membaikpulih ekonomi dan memulihara mata wang ringgit dalam krisis ekonomi 1998
yang saya percaya telah menyelamatkan Malaysia daripada kerugian beratus bilion
ringgit,” kata Dr Mahathir.
Perkara itu terkandung dalam pernyataan bertulis saksi
semasa prosiding Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk menyiasat kes kerugian
akibat urus niaga mata wang asing oleh Bank Negara Malaysia (BNM) sekitar tahun
1990-an.
Antara jawatan yang pernah disandang Nor Mohamed adalah
Penasihat BNM, Menteri Kewangan Kedua, Pengarah Khazanah Nasional, Senator
Dewan Negara serta ahli lembaga pengarah beberapa syarikat tempatan.
Dr Mahathir hari ini hadir di Istana Kehakiman, Putrajaya,
bagi memberi keterangan di hadapan panel lima ahli RCI tersebut.
Terdahulu, beliau berkata pembabitan BNM secara aktif dalam
urus niaga mata wang asing pada tahun 1980-an berlangsung tanpa pengetahuan
beliau.

Katanya, bekas gabenor ketika itu Allahyarham Tan Sri Jaafar
Hussein telah memutuskan untuk melibatkan BNM secara aktif dalam urus niaga
mata wang asing bagi tujuan mengimbangkan volatiliti mata wang ringgit untuk
memelihara rizab dan ekonomi negara. – Astro Awani

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here