BUDAK 12 TAHUN MELECUR DISAMBAR API KETIKA BERSIHKAN TUMPAHAN PETROL

0
15

JOHOR BAHRU: Empat sekeluarga termasuk kanak-kanak berusia
12 tahun melecur kira-kira 20 peratus badan selepas disambar api ketika
membersihkan tumpahan petrol di kedai motosikal milik keluarga di Jalan Tebrau,
dekat sini, malam tadi.
Ketua Operasi Bomba dan Penyelamat Johor Bahru, Saiful Bahri
Safar, berkata kanak-kanak terbabit bersama ayahnya berusia 40 tahun, abang (14
tahun) dan kakak (15 tahun) sedang mengemas kedai motosikal selepas waktu
operasi perniagaan jam 7 petang.
“Sedang sibuk mengemas barang-barang untuk tutup kedai,
dipercayai tempat simpanan petrol tertumpah.
“Apabila seorang daripada mangsa sedang membersihkan
tumpahan petrol itu, dipercayai secara tidak sengaja menyebabkan petrol
terbabit terbakar dan menyambar keempat-empat mangsa.
“Kejadian menyebabkan kanak-kanak itu melecur pada
kedua belah kaki hingga ke paras peha.
“Ayahnya tidak mengalami kecederaan teruk tetapi
dimasukkan ke wad kecemasan Hospital Sultan Ismail kerana sesak nafas,”
katanya dipetik BH Online.
Saiful Bahri berkata, kakak dan abang kanak-kanak itu cedera
di kaki dan tapak kaki serta ditempatkan di hospital sama untuk rawatan lanjut.
Katanya, operasi membabitkan lapan pegawai dan anggota itu
ditamatkan pada jam 8.15 malam, selain kebakaran tidak membabitkan struktur
bangunan kedai terbabit.

PERINGATAN: Malaysian Update tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.

Loading...
loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here