AHMAD SAID DEDAH TOLAK TAWARAN DR MAHATHIR KERANA SAYANGKAN UMNO

0
33



KEMAMAN: Bekas Menteri Besar Terengganu Datuk Seri
Ahmad Said mendedahkan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tun Dr
Mahathir Mohamad pernah beberapa kali memberi ‘tawaran’ kepadanya tetapi beliau
menolak kerana terlalu sayangkan UMNO.

Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal dan
Ketua UMNO Bahagian Kemanan itu berkata demikian ketika meluahkan kesetiaan
terhadap UMNO meskipun menurutnya beliau dihujani pelbagai dugaan selepas
meletak jawatan sebagai menteri besar pada 2014.
Beliau dalam nada berseloroh menggelar dirinya
‘bekeng’ (garang) dan tidak mahu lagi mengungkit peristiwa lama, namun dirinya
umpama ular, boleh mengeluarkan bisa apabila terancam.
Ahmad berkata demikian ketika berucap pada
perasmian Persidangan UMNO Bahagian Kemaman di sini hari ini yang disempurnakan
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Turut hadir Menteri
Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman dan Menteri Pengajian Tinggi
Datuk Seri Idris Jusoh yang juga Anggota Parlimen Besut.
“Sejarah telah mengajar mereka… saya harap
kita pastikan mulai saat ini segala tohmahan dan hinaan diabaikan… kita
pentingkan kekuatan kita, perbetulkan kesilapan kita, apa pun yang berlaku kita
tetap ahli UMNO,” katanya sambil disambut tepukan gemuruh perwakilan yang
hadir.

— BERNAMA

PERINGATAN: Malaysian Update tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here