Header Ads

Tukar #MaluApaBossku kepada #TolonglahMaluBossku - Khairuddin

Foto oleh FMT

DATUK Seri Khairuddin Abu Hassan berkata, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak seharusnya berasa malu dan insaf dengan perbuatannya satu masa dahulu yang menyalahgunakan kuasa dengan rakus sehingga ditolak rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lepas.

Najib kini seolah-olah tidak mempunyai rasa bersalah dan malu langsung apabila dilihat kepada sikap dan langkah yang dilakukannya akhir-akhir ini.

Loading...

"Kadang kala saya amat hairan dengan Najib yang sedikit pun tidak mempunyai perasaan bersalah dan malu di atas segala pengkhianatannya kepada bangsa serta negara.

"Kini, Najib seolah-olah seperti 'kulit kerbau' muka yang tidak tahu malu, kelihatan tidak mempunyai moral diri dan kelihatan seolah-olah kagum dengan sikap 'perompak' nya itu", tulis Khairuddin lagi.

"Sesungguhnya, perbuatan rakus Najib dalam kesalahan mentadbir kerajaan dan rakyat adalah sesuatu yang tidak boleh dimaafkan sama sekali kerana kesan kerosakan ekonomi negara dapat dirasai sehingga kini dan kemungkinannya untuk beberapa tahun lagi.

"Sebanyak 32 juta rakyat malaysia terpaksa memikul kesan buruk itu kini dan apakah kita boleh gembira dengan situasi yang memeritkan ini selain melupakan begitu sahaja kesalahannya kerana dia kini kerap bersama rakyat?

"Bagi saya Najib bertanggungjawab merosakkan keadaan negara dari segi ekonomi, politik dan sosial. Jadi kempen 'Malu Apa Bossku' yang dicanangnya di sana sini harus segera ditukar kepada 'Tolonglah Malu Bossku'," kata Khairuddin lagi yang juga penyelaras Parlimen Jasin menerusi Facebook miliknya.

Sebelum ini Najib kerap menyindir Pakatan Harapan (PH) dengan catatan di laman Facebooknya dengan yang terbarunya mempersoalkan tindakan anggota PH yang membuat laporan polis ke atasnya kerana tindakan swafotonya di Langkawi, Najib turut seolah-olah menyindir dengan bertanya di mana beliau boleh memohon permit untuk berswafoto.

"Hutang negara buat pertama kalinya dalam sejarah negara melebihi paras rm1 trilion lebih!.

"Bagi saya; secara sengaja Najib bertanggungjawab merosakkan kesejahteraan negara kita baik dalam bidang ekonomi, politik mahupun sosial," tegas Khairuddin.

Apa yang dilakukan Najib adalah tindakan dirancang dan terancang yang mensasarkan golongan muda.

"Anak-anak muda yang tidak peka dengan kesan serta bahana ini diminta tidak mempermainkan langkah Najib kerana ia bukan soal yang boleh dibuat jenaka.

"Keseluruhan rakyat di tanahair kita kini terpaksa memikul bebanan hutang negara yang cukup berat melebihi rm1trilion. 

"Perbuatan Najib sebelum ini memerlukan masa yang panjang untuk dibaiki kerajaan masa kini. PH kini sedang cuba meletakkan semula asas ekonomi di landasan asal kemakmuran negara seperti yang pernah kita kecapi," katanya lagi.

Tambah Khairuddin lagi, segelintir anak muda yang beria-ia cuba menegakkan 'benang yang basah' harus bertanya Najib mengapa tiada tindakan dikenakan ketika laporan polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di buat ke atasnya jika perkara itu benar-benar tidak berasas.

"Kami mempunyai bukti sahih rekod pengaliran masuk dan keluar duit Najib Razak.

"Pada tahun 2014 serta 2015 ketika saya membuat laporan polis, SPRM serta kepada enam pihak penguatkuasa undang-undang di Singapura, Hong Kong, Perancis, Switzerland, United Kingdom dan Amerika Syarikat ke atas Najib.

"Namun, biarlah undang-undang membuktikannya perbicaraan ke atas Najib yang akan bermula dalam sedikit masa lagi.

"Beliau kemungkinannya mampu menipu dan memperbodohkan segelintir rakyat tetapi yakinilah Najib sama sekali tidak akan mampu menipu mahupun memperbodohkan Allah swt Yang Maha Mengetahui.

"Pengkhianatan Najib kepada bangsa, agama serta negara tidak boleh dimaafkan sama sekali.

"Jadi, tolonglah tukar kempen 'Apa Nak DiMalukan Bos ku' dengan slogan 'Tolonglah Malu Bos ku'."

Khairuddin berkata slogan ini lebih tepat untuk menyuntik perasaan insaf dan malu kepada bekas perdana menteri itu. - Malaysian Update

Loading...

No comments


Loading...